Baru Sebulan Kahwin, Wany Hasrita Terpaksa Berjauhan Dengan Suami

Usia perkahwinan baru mencecah sebulan, penyanyi Wany Hasrita kembali menjalani hubungan jarak jauh dengan suaminya Mohd Al-Adib Fahmi Harun.

Memetik Harian Metro, Wany berkata dia dan suami mengambil cuti selama sebulan untuk meluangkan masa bersama sebelum masing-masing kembali sibuk.

“Sebelum ini dua minggu saya duduk di rumah suami di Kuching, Sarawak dan sekarang baru kami kembali bekerja. Kami berdua masing-masing ambil cuti sebulan sebab tahu selepas ini memang susah nak jumpa,” katanya.

Menurut Wany lagi, masing-masing memahami situasi tersebut dan mereka akan berhubung setiap hari melalui panggilan video serta mengharapkan persefahaman tersebut akan berkekalan.

“Alhamdulillah, biarpun kami menjalinkan hubungan jarak jauh, semuanya okay kerana masing-masing memahami. Kami juga setiap hari berhubung dan membuat panggilan video. Diharapkan persefahaman ini sampai bila-bila.

“Sepanjang bercuti pun kami berdua banyak lepak di rumah, sebab kami tahu apabila sudah kembali bekerja nanti, tiada peluang nak bersama. Lepak di rumah adalah momen yang seronok buat kami berdua,” katanya.

Seperti biasa, apabila sudah mendirikan rumah tangga pasti akan ditanya mengenai soal cahaya mata pula. Bagaimanapun, Wany berkata dia belum ditanya lagi mengenai perkara itu.

“Alhamdulillah, setakat ini belum ada lagi yang bertanya mengenai cahaya mata. Sekarang ini ke mana saya pergi dan berjumpa orang, mereka banyak mengucapkan selamat pengantin baru memandangkan saya pun baru sebulan berkahwin.

“Kalau ada bertanya pun tak mengapa sebab saya rasa pada usia 30 tahun ini, penerimaan saya pada pertanyaan orang ramai agak tenang. Saya juga lebih relaks. Tiada apa nak kecil hati dan seumpamanya. Tapi perlu diingatkan, ‘common sense’ itu perlu pada setiap orang,” katanya.

Terdahulu, Wany selamat diijabkabulkan pada 22 Julai lalu dengan jejaka pilihan hati, Mohd Al-Adib yang bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak. 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber :  rotikaya

Be the first to comment on "Baru Sebulan Kahwin, Wany Hasrita Terpaksa Berjauhan Dengan Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*