‘Jadilah Anak Yang Kuat, Bijak’ – Sharnaaz Ahmad Titip Doa Sempena Ulang Tahun Kelahiran Jebat

Sempena ulang tahun kelahiran, Jebat Jayden yang ke-4, Sharnaaz telah memuat naik sebuah video di akaun Instagram miliknya. Bukan itu sahaja, pelakon tersebut turut meluahkan isi hatinya sebagai seorang bapa apabila dikurniakan seorang anak yang cerdik seperti Jebat.

“Happy Birthday my dear son. Im getting older the same day as you. But im very sure my love for you is getting stronger.”

Menurut Sharnaaz, Jebat adalah kekuatan untuk dirinya dalam meneruskan kehidupan. Tambah Sharnaaz, apa yang diraih sekarang ini semuanya adalah disebabkan Jebat. Sharnaaz turut berterima kasih kepada Jebat kerana sentiasa memberi peluang dan menyayangi dirinya setiap hari.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Sebagai bapa, Sharnaaz berdoa agar Jebat menjadi anak yang kuat, bijak dan tidak membiarkan sesiapa sahaja mengambil kesempatan terhadap dirinya. Ujar Sharnaaz, dia berharap Jebat mampu berlawan untuk mendapatkan kebenaran dalam setiap apa yang dilakukan.

“Salah atau betul bukan manusia yang hakimi. You are the king of your self. Love you boy @jebatjayden.”

Di ruangan komen, bekas isteri kepada Sharnaaz iaitu Noor Nabila turut meninggalkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat anaknya, Jebat. Bukan itu sahaja, Nabila turut meninggalkan ucapan yang sama buat Sharnaaz. Ini kerana, Sharnaaz dan Jebat berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 30 Ogos.

Selain Nabila, rakan artis dan peminat turut memberi ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat Jebat dan Sharnaaz. Mereka berharap anak dan bapa ini sentiasa sihat, dilimpahkan rezeki dan bahagia selalu. Netizen turut berharap mereka berdua banyak menghasilkan video yang kelakar selepas ini.

 

Sumber : Ohbulan

Be the first to comment on "‘Jadilah Anak Yang Kuat, Bijak’ – Sharnaaz Ahmad Titip Doa Sempena Ulang Tahun Kelahiran Jebat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*