“saya perlu membawa diri…” Genap dua bulan tunang, Penyanyi Shahir Zawawi luah hal ini.

Selepas dua bulan mengikat tali pertunangan, penyanyi Shahir Zawawi bakal bergelar suami kepada usahawan produk berasal dari Tawau bernama Jaskin Jaludin pada Jumaat ini. Menurut laporan Harian Metro, penyanyi berusia 34 tahun itu mengakui berdebar bagi melangkah ke fasa baru dalam menjalani kehidupan rumah tangga.

“Perasaan saya ketika ini sudah tentu berdebar-debar. Sebab nak pergi ke satu fasa yang juga alam kehidupan baru yang selama ini kita bersendirian… “…tapi kali ini nak berdua dan berteman. Selain itu masuk dalam keluarga baru. Jadi saya perlu sesuaikan diri, membawa diri…

“…dalam masa sama nak pikul tanggungjawab yang lebih besar.

Saya kira banyak perkara lagi yang perlu dilalui,” kata juara program Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu.

Bercerita lanjut, penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu sudah menguruskan pelbagai persiapan walaupun dalam tempoh singkat. Shahir berkata, majlis yang bakal diadakan adalah lebih kepada untuk menghalalkan hubungan sekali gus berharap dipermudahkan Allah SWT.

“Sekarang ini saya lebih kepada berdoa, semoga Allah permudahkan segala urusan. Persiapan saya buat ini banyak dalam masa singkat untuk majlis kahwin ni,” ujarnya. Difahamkan, Shahir atau nama penuhnya Ahmad Shahir Zawawi dan usahawan berusia 30 tahun itu akan diraikan dalam majlis persandingan pada hari berikutnya.

Sekadar rekod Ahmad Shahir bin Zawawi atau lebih dikenali sebagai Shahir (lahir 5 September 1988) merupakan seorang penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu bergenrekan pop dan ketuhanan.

Beliau mula menceburi industri seni suara setelah menjuarai Akademi Fantasia musim ke-8 pada tahun 2010. Lagu debutnya “Kebahagiaan Dalam Perpisahan” ciptaan Edry Abdul Halim menjadi lagu hits nombor satu di seluruh negara, termasuk  lagu “Jestina” oleh Exists (2002). Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir) , Instagram Shahir Zawawi

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber:https://liveconnection24.com/

Be the first to comment on "“saya perlu membawa diri…” Genap dua bulan tunang, Penyanyi Shahir Zawawi luah hal ini."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*