Sifat Pemurah Iqbal Jadi Bualan, Habiskan Ribuan Ringgit Beli Barang Pembantu Rumah

Baru-baru ini, usahawan Iqbal Zulkefli menjadi bualan netizen apabila dia dilihat membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk pembantu rumahnya. Video yang dimuatnaiknya itu turut menerima lebih sejuta tontonan setakat ini di mana rata-rata netizen turut memuji sifat pemurah usahawan ini.

Menerusi video yang dikongsikan ini, Iqbal dilihat membawa pembantu rumahnya keluar membeli barang keperluan wanita itu. Apa yang mengejutkan ramai ialah Iqbal membawa pembantu rumahnya membeli belah di sebuah pusat membeli belah dan dipercayai menghabiskan ribuan ringgit.

Menurut Iqbal, pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Indah itu baru sahaja kehilangan kedua ibu bapanya dan Iqbal mengambil keputusan untuk mengambilnya bekerja pada 23 Ogos lalu. Usahawa itu kemudian mengambil beberapa barang keperluan untuk wanita itu sambil turut meminta bantuan salah seorang pekerja wanitanya.

@ahmadiqbalzulkefli

CARI BARANGAN PEMBANTU RUMAH. Saya terlalu tegas ya? Indah mula kerja dengan saya pada 23 Ogos; baru masuk empat hari. Ibu ayahnya sudah meninggal dunia. Kembarnya pun meninggal dunia di saat dia baru dipertemukan beberapa tahun lepas. Petang ini saya kosongkan jadual untuk pergi belikan keperluan asas Indah. Depan kamera, di luar pun beginilah saya. Saya terlalu tegas ya?

♬ original sound – Iqbal Zulkefli

Bukan hanya membelikan pakaian, Iqbal turut membawa pembantu rumahnya itu membeli barang keperluan lain untuk diletakkan di dalam biliknya. Dalam masa yang sama, usahawan itu turut membelikan tudung dan menegur wanita itu untuk tampil dengan imej bertudung.

Sifat pemurah yang ditunjukkan usahawan ini turut menjadi bualan netizen di mana rata-ratanya memuji usaha yang dilakukan oleh Iqbal dalam menjaga kebajikan pekerjanya. Malah ada juga yang berselor0h ingin turut sama bekerja bersama usahawan itu selepas melihatkan harga barang-barang yang dibelikan untuk pembantunya itu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Sifat Pemurah Iqbal Jadi Bualan, Habiskan Ribuan Ringgit Beli Barang Pembantu Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*