“Bayar dulu baru nikah” – Shahir tak tahu isu tak bayar hutang, sibuk urus majlis kahwin

 

DALAM debaran menantikan bakal bergelar suami Jumaat ini, nama Shahir Zawawi terpalit dengan kontr0versi apabila ada pihak membangkitkan soal kegagalan penyanyi itu menjelaskan hutang.

Dipercayai berhubung pembayaran berkaitan kerja-kerja dalam industri seni, seorang pengguna laman sosial mended4hkan perkara itu menerusi ruang komen sebuah portal berita yang memaparkan artikel mengenai penyanyi tersebut.

Menjawab dakw4an berkenaan, Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi, 34, berkata, dia tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut dan perlu menyemak semula komen dibuat individu berkenaan.

Shahir akan semak semula dakw4an dirinya berhutang.

“Saya tidak tahu tentang cerita tersebut. Sekarang ini sibuk menguruskan hal perkahwinan, jadi tak sempat nak ambil tahu.

“Saya kenalah semak dahulu apa yang diperkatakan sebab tidak tahu hujung pangkalnya,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, berkongsi mengenai pernikahannya dengan Jaskin Jaludin pada 2 September ini, Shahir memberitahu sedang sibuk melakukan persiapan namun ia membantu mengurangkan debaran bergelar suami.

“Memanglah ada rasa berdebar nak jadi suami, tetapi dalam beberapa hari ini saya sibuk menguruskan hal perkahwinan. Jadi kuranglah sikit perasaan takut itu. Lebih memikirkan soal persiapan majlis.

“Persiapan diri sendiri pula tidaklah 100 peratus kerana tugas sebagai seorang suami ini adalah satu proses yang akan berjalan terus. Banyak yang akan saya tempuh dan belajar selepas berkahwin nanti.

“Sebelum ini hanya fikir diri sendiri sahaja, tetapi selepas ini saya ada isteri dan keluarga mentua. Perlu fikir tentang tanggungjawab lebih besar,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen di portal berita berkenaan, seorang individu yang juga pekerja industri hiburan mend4kwa mengalami kerugian ekoran wang pembayaran tugas dalam sebuah acara gagal dilunaskan penyanyi tersebut.

Shahir sedia pikul tanggungjawab sebagai suami.

Komen tersebut juga mendapat sokongan seorang lagi individu yang mend4kwa perkara sama turut terjadi kepada beberapa syarikat pengurusan artis lain.

“Bayar hutang dulu baru nikah. Aku yang hidup ni pun dia buat senyap sahaja. AF Megastar aku rugi dekat RM4,000. Duit aku sendiri tu,” komen individu berkenaan.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : mstar

Be the first to comment on "“Bayar dulu baru nikah” – Shahir tak tahu isu tak bayar hutang, sibuk urus majlis kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*