“Kalau Pakaian Itu S3ksi Saya Tidak Akan Kongsi Di Media Sosial” – Ain Edruce Mahu Jaga Nama Baik Keluarga

Pelakon dan pengacara Ain Edruce mended4hkan dia memilih untuk tidak berkongsi foto dirinya yang dianggap kelihatan seks1 di media sosial.

Jelas Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 31, tindakan itu dilakukan demi menjaga nama baik suami dan keluarga daripada menjadi bualan netizen.

“Saya adalah sejenis yang memikirkan sesuatu terlebih dahulu sebelum memuat naik apa-apa perkongsian di media sosial, saya akan fikirkan tentang ibu ayah dan keluarga saya.

“Sebagai contoh, kalau pergi ke mana-mana acara, jika pakaian itu terlalu seks1 saya tidak akan kongsi di media sosial supaya tidak menjadi bualan mulut orang terutama netizen di luar sana.

“Hal itu saya lakukan demi menjaga nama baik keluarga dan suami, saya tidak mahu nama baik keluarga saya diperkatakan,” ujarnya ketika ditemui pada majlis Anugerah Stail EH! 2022 yang berlangsung di DADI Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah hos rancangan Karaoke Superstar itu, netizen tidak seharusnya berkata melulu apabila ada segelintir selebriti yang melakukan silap.

Malah dia turut mengingatkan netizen berkenaan undang-undang salah guna media sosial yang wujud di Malaysia.

“Netizen di luar sana pasti akan mengambil peluang untuk berkata burvk seandainya ada artis berpakaian seks1 atau melakukan salah, itu tidak baik.

“Mungkin netizen berani berkata yang tidak elok disebabkan mereka tidak tahu bahawa undang-udang salah guna media sosial itu wujud.

“Seandainya mereka sedar tentang hal itu, pasti mereka akan lebih berhati-hati dalam melontarkan kata-kata atau meninggalkan komen-komen yang agak sensitif,” tambahnya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Kalau Pakaian Itu S3ksi Saya Tidak Akan Kongsi Di Media Sosial” – Ain Edruce Mahu Jaga Nama Baik Keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*