Semalam Malaysia telah menyambung ulang tahun Hari Kemerdekaan yang ke-65. Sambutan meriah telah diadakan dengan perarakan dan pelbagai aset kerajaan dibawa bersama ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Ratus ribu rakyat turun bagi menyaksikan sendiri perarakan merdeka ini. Cukup berbangga melihatkan sambutan yang cukup meriah tahun ini.
Bagaimanapun, turut terlihat beberapa individu popular dan selebriti turut hadir memeriahkan suasana. Sudah pastinya kehadiran mereka sebagai penonton turut mendapat perhatian. Salah seorangnya adalah penceramah bebas dan terhormat, Ustaz Azhar Idrus.
Beliau cukup dikenali dengan personaliti cukup sempoi dan kelakar. Berikut adalah perkongsian rakaman gelagat Ustaz Azhar Idrus ketika menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan tersebut:
haish keluar barisan😂
Dalam rakaman itu dapat dilihat figura ini seronok menyaksikan kontinjen perbarisan. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagatnya mengambil gambar peserta perbarisan dengan sangat dekat.
Malah beliau turut berada terlalu hampir dengan anggota perbarisan juga membuatkan ramai risau takut Ustaz Azhar Idrus dilanggar. Sempat juga si perakam memuat naik perkongsian rakaman ini mengusik Ustaz Azhar Idrus dengan kapsyen berbunyi, “Tengok perangai”.
Apa-apa pun perkongsian rakaman gelagat Ustaz Azhar Idrus di perarakan Kemerdekaan ini telah meraih jutaan tontonan. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media
Sumber : HCL
Be the first to comment on "Gelagat Ustaz Azhar Idrus Di Perarakan Kemerdekaan Undang Perhatian Ramai!"