Hairul Azreen Kerja Untuk Gembirakan Keluarga, Sebab Tu Kerap Bercuti Secara Mewah

“Biarlah orang tahu saya berlakon sahaja walaupun hakikatnya saya ada melakukan pekerjaan lain. Tak perlulah saya nak bercerita,” kata pelakon Hairul Azreen mengenai pertikaian orang ramai yang sangsi mengenai kemewahan yang dimiliki apabila dikatakan kerap bercuti secara mewah.

Terbaharu Hairul dan isterinya, Hanis Zalikha mencuri tumpuan ramai menerusi video percutian mereka sekeluarga ke New Zealand apabila mereka memuat naik video sekeluarga, termasuk anaknya, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah menaiki helikopter sebelum mendarat di sebuah kawasan pergunungan bersalji.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Hairul berkata, sebagai suami dan bapa dia sentiasa bekerja keras untuk membahagiakan keluarga dan percutian di New Zealand selama 10 hari adalah hadiah buat mereka serta dirinya.

“Tujuan hidup saya sekarang mudah iaitu saya bekerja dan bila ada masa, saya akan bawa keluarga saya bercuti. Jadi saya cari duit dan nak buat keluarga saya gembira dengan pergi berjalan-jalan.

“Sebenarnya sebelum ke New Zealand saya menjalankan penggambaran filem Bakara di Turki. Selepas tiga atau empat hari balik, saya dan Hanis merancang dan kami putuskan untuk ke sana.

“Jadi jujurnya saya bekerja untuk menggembirakan keluarga saya. Sama juga dengan Hanis,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

IG Hairul

Menurut Hairul, sejak zaman bujang lagi dia sering memberi ‘ganjaran’ kepada dirinya selepas kepenatan bekerja dan kini dia melakukan perkara itu bersama keluarga.

“Dari dulu lagi saya mempunyai prinsip sebegitu, sejak saya bekerja cat jalan lagi. Ketika itu, bila hari cuti saja, saya pergi mandi air terjun.

“Apapun bergantung pada diri kita, misalnya kalau gaji kita RM1,500 sebulan, kita memang tak mampu nak beli sesuatu di luar kemampuan. Saya pernah merasai hidup sebegitu tapi saya boleh hiburkan hati dengan pergi mandi air terjun sebab tak perlukan perbelanjaan tinggi. Semua ini berbalik kepada diri sendiri sama ada mahu atau tidak.

“Jadi saya dengan Hanis memang bekerja kuat untuk luangkan waktu bersama keluarga seperti bercuti. Kalau tidak nanti kita akan tertekan, kita bekerja kuat untuk apa? Bagi yang belum berkahwin, pastinya cari duit untuk berkahwin, kemudian cari duit untuk beli rumah, dan bila sudah ada keluarga, rumah dan kereta, apa pula? Sudah tentu untuk bergembira dengan keluarga,” katanya.

Terdahulu, Hairul juga sering mencuri perhatian netizen menerusi percutian mewahnya di beberapa buah lokasi luar negara antaranya, Maldives, London dan Australia termasuk menaiki jet peribadi bersama jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan.

 

Sumber :HM

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : mediakita.dnq.news

Be the first to comment on "Hairul Azreen Kerja Untuk Gembirakan Keluarga, Sebab Tu Kerap Bercuti Secara Mewah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*