Zul Ariffin Selesai Tunai Umrah Kali Pertama

Aktor kacak, Zul Ariffin selesai menunaikan ibadah umrah buat kali pertama.

Zul menerusi akaun Instagram miliknya berkongsi perkara itu selepas memuat naik foto dihadapan Kaabah.“Selesai,” tulisnya ringkas.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Dalam kemas kini sebelum itu Zul hanya berkongsi emoji berbentuk Kaabah, tangan (menadah doa) dan simbol hati sebagai simbolik kesyukuran dapat menyempurnakan ibadah umrah di ruangan kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen apabila rata-rata pengikut Instagramnya turut berkongsi rasa syukur dan gembira apabila pelakon kesayangan mereka dapat menyempurnakan ibadah yang menjadi dambaan seluruh umat Islam tersebut.

Selain itu, ada antara netizen mend4kwa wajah pelakon itu kelihatan berseri-seri ketika berada di Mekah dalam berpakaian ihram.

“MasyaAllah berseri-seri wajah. Alhamdulillah,” .

“Sejuk mata memandang,”.

Sebelum berangkat mengerjakan umrah, Zul difahamkan berada di Doha dan Dubai untuk urusan kerja.

Komen Netizen:

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Zul Ariffin Selesai Tunai Umrah Kali Pertama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*