Minta Air Panas Untuk Buat Susu Anak, Lelaki Terharu Pekerja Siap Basuhkan Botol Sekali

 

Memudahkan urusan orang lain pastinya akan membuatkan urusan kita juga akan dipermudahkan. Mesti ramai yang pernah mendengar kata-kata ini kan? Seorang lelaki baru-baru ini berkongsikan kebaikan yang diberikan oleh seorang pekerja Starbucks ini yang telah membuatkan dia berasa terharu melihatnya.

Menerusi video yang dikongsikan, lelaki itu memberitahu dia telah singgah ke sebuah cawangan Starbucks dan meminta pekerja di situ untuk memberikan sedikit air panas untuknya membancuh susu anak. Apa yang membuatnya terharu, pekerja di situ bukan sahaja menyediakan air panas seperti yang diminta.

Malah pekerja itu siap membasuh botol susu yang diberikannya itu sebelum meletakkan air panas untuknya membancuh susu tersebut. Bukan itu sahaja, pekerja itu juga turut memberikan air panas mengikut sukatan air yang sepatutnya bagi memudahkan tugasnya itu.

@angahazie888 terbaik brother ni tq bang siap bsh kan botol air anak den…lokasi jalan pahang selepas bulatan pahang…#stubucks🤗 ♬ PENANTIAN ARMADA – Sadvibes🥀

Di dalam video tersebut turut kelihatan pekerja tersebut membasuh botol susu itu di sinki dan kemudian meletakkan air panas sambil melihat sukatan pada botol tersebut. Perkongsian itu turut menerima reaksi positif dari netizen yang berasa terharu melihat kebaikan yang ditunjukkan pekerja itu.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama memberikan pujian kepada pekerja tersebut yang bukan hanya membantu menyediakan air panas malah siap membasuh botol susu itu tanpa diminta. Dalam masa yang sama, ada juga yang menganggap mungkin juga pekerja itu sudah biasa menerima permintaan seperti itu dari pelanggan.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Minta Air Panas Untuk Buat Susu Anak, Lelaki Terharu Pekerja Siap Basuhkan Botol Sekali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*