Terlalu Kerap Merokok, Isteri Goreng Rokok Celup Tepung Untuk Buat Suami Insaf

Bukan mudah untuk menghentikan tabiat merokok walaupun terdapat pelbagai tips dan cara yang dikongsikan. Baru-baru ini pula, seorang wanita menjadi tumpuan ramai apabila dia membantu suaminya berhenti merokok dengan menyediakan satu snek ranggup untuk lelaki itu.

Menerusi video yang dikongsikan ini, wanita itu dilihat menyediakan snek minum petang untuk suaminya namun dia mengejutkan ramai dengan bahan yang dipilihnya ini. Dia kemudian mengambil kotak rokok dari beg si suami dan memasukkan rokok tersebut di dalam bancuhan tepung yang sudah disiapkan.

Selepas menggaulkan rokok itu bersama-sama bancuhan tersebut, wanita itu menggorengkan snek tersebut sebagai juadah minum petang suaminya. Video itu turut menerima perhatian ramai dengan lebih dari 20 juta tontonan setakat ini sebaik sahaja ianya dimuat naik.

Selepas wanita itu selesai menggorengnya, dia membawa snek goreng tersebut kepada suaminya di mana lelaki itu kemudiannya berasa terkejut sebaik sahaja menggigit makanan bergoreng itu. Lelaki itu turut memberikan reaksi wajah pelik melihat rokok goreng yang dibuat oleh isterinya ini.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama berasa terkedu melihat cubaan wanita itu membantu suaminya berhenti merokok. Dalam masa yang sama, ada juga yang berharap video tersebut tidak ditonton oleh isteri mereka kerana bimbang akan menerima nasib yang sama seperti lelaki itu.

“Yang ni saya sokong.”

rokok

“Rokok tepung goreng.”

wanita

“Harap bini aku tak sampai kat video ni.”

komen

“Patutnya goreng satu-satu biar jadi macam churros.”

tik tok

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Terlalu Kerap Merokok, Isteri Goreng Rokok Celup Tepung Untuk Buat Suami Insaf"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*