Sayang Loki! Ask4r seb4k tak sanggvup berpis4h dengan ‘kawan baiknya’ ketika bertug4s

SEBAGAIMANA kita ketahui, anjing merupakan haiwan jinak dipelihara sehingga menjadi sahabat kepada tuannya.

Baru-baru ini tular sebuah video menunjukkan kemesraan seorang anggota tentera bersama seekor anjing baka K9 yang merupakan penemannya ketika sambutan Hari Kebangsaan.

Video memaparkan beberapa keping gambar lelaki tersebut sedang duduk di tangga sambil memelvk, memegang kepala dan mencivm anjing itu nyata menyentuh emosi sesiapa sahaja yang melihatnya.

Micro bersama anjing K9 bakal berpisah selepas Hari Kebangsaan ke-65.

“Kawan baik seorang lelaki (merujuk kepada anjing). Terima kasih atas khidmat bakti, tuan,” demikian keterangan video yang ditullis di Facebook Panggilan Pertiwi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Apa yang menarik perhatian, lelaki di dalam gambar tersebut, dikenali sebagai Micro Junior muncul di ruangan komen menjelaskan kisah sedih di sebalik gambarnya dengan anjing bernama Loki.

Momen manis dan menyentuh hati itu sebenarnya menceritakan tentang hari-hari terakhir mereka dapat bersama kerana akan berpisah tidak lama lagi.

Ini merupakan tahun terakhir anjing Tentera Darat Malaysia ini menyertai perarakan Hari Kebangsaan ke-65 bersama tuannya, Micro.

Jelas Micro, dia bakal meninggalkan pasukan tentera kerana tempoh perkhidmatan akan berakhir.

“Terima kasih. Saya nak beritahu yang lelaki dalam gambar itu adalah saya dengan anjing saya, Loki dan ini merupakan sambutan Hari Kebangsaan kami bersama yang terakhir sebab kami akan berpisah tak lama lagi.

“Kami telah menghadapi ranjau kehidupan bersama selama ini dan dia adalah kawan baik saya. Saya akan meletakkan jawatan kerana perkhidmatan saya akan tamat,” tulisnya.

Kisah meny4yat hati itu mengund4ng seb4k sesiapa sahaja yang melihatnya malah dihujani pelbagai komen setelah dimuat naik pula di TikTok milik Helang Rimba PP.

Menurut Micro, Loki baru sahaja berkhidmat selama tiga tahun dan berbaki enam tahun lagi sebelum ditamatkan perkhidmatannya.

“Sedihnya… terima kasih atas servis tuan. Semoga Loki dapat pengganti dan sahabat seperti tuannya.

Komen Micro pada posting yang tular.

“Perpisahan yang sangat menyakitkan. Loki akan rindu Koperal Walensten. Terima kasih sebab jaga aset negara dan selamat bersara nanti. Masih boleh jenguk Loki.

“Benda macam nilah patut di viralkan. Bukan senang nak melangkah alam bersara. Dengan berat hati melangkah. Nak sambung dikir 1000 kali,” tulis warga maya di ruangan komen.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Sayang Loki! Ask4r seb4k tak sanggvup berpis4h dengan ‘kawan baiknya’ ketika bertug4s"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*