Tinggalkan kerjaya guru selepas terjun bidang seni? Ramai nasihat Namie jangan terpengaruh,fikirkan masa depan.

PELAWAK Namie tidak menyangka setelah memasuki program Muzikal Lawak Superstar musim ketiga namanya semakin dikenali dan menjadi perhatian orang ramai.

Namie atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin, 26, bagaimanapun berkata peminat mengharapkan agar dia tetap meneruskan kerjaya sebagai seorang guru.

“Kebanyakkan komen yang saya lihat semuanya minta jangan berhenti, jangan cepat sangat terpengaruh sebab ada pasang surutnya, dalam kehidupan ni sebenarnya kita tidak tahu apa buat.

“Mungkin orang ramai tahu saya sebagai guru sebelum ini, tapi mereka tidak tahu kerja lain yang dilakukan serta sumber pendapatan lain.

“Saya ni jenis yang cepat bosan untuk lakukan kerja yang sama sahaja sebab saya suka pelbagai, pilihan itu semua atas tangan saya dan status sebagai guru tu masih lagi diteruskan sehingga kini cuma untuk jawapan berhenti atau tidak, biarlah rahsia,” katanya mStar.

VIDEO : 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Tinggalkan kerjaya guru selepas terjun bidang seni? Ramai nasihat Namie jangan terpengaruh,fikirkan masa depan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*