[VIDEO] “Terharuvnya, Tak Kek0k Pun…” – Mesra Layan Pemin4t 0K.U, Siti Nurhaliza Buat Netizen C4ir!

 

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial mengenai keperibadian penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dilihat sangat mesra melayan peminat.

Lebih menyentuh hati apabila peminat tersebut adalah seorang warga tua serta insan istimewa Or4ng Kvrang Up4y4 (0KU).

Video berdurasi 18 saat itu memaparkan Siti Nurhaliza melayan peminat istimewa di hari kedua Singapore/Malaysia Expo Fest yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Menerusi video tersebut, pelantun Bukan Cinta Biasa itu dilihat menggunakan bahasa isyarat bersama wanita dalam lingkungan kira-kira 50 tahun keatas.

Tampak sangat bahagia melayan peminat, Siti Nurhaliza turut membenarkan wanita tersebut untuk mencium pipinya sehingga terpampang senyuman manis mereka.

Tinjauan di ruangan komen video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum serta terharu melihat selebriti kegemaran mereka tidak kekok melayan peminat istimewa.

Dalam pada itu, netizen turut tidak menafikan penyanyi kesukaan ramai ini sering dipandang tinggi oleh ramai orang dek perwatakannya yang sentiasa merendah diri.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : xtra.com.my

Be the first to comment on "[VIDEO] “Terharuvnya, Tak Kek0k Pun…” – Mesra Layan Pemin4t 0K.U, Siti Nurhaliza Buat Netizen C4ir!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*