Pem4lu rupanya! Gelagat comel Jebat Jayden tutup muka bila dipanggil peminat, siap ada yang samakan dengan Bilal

TELATAH anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden Ahmad sememangnya sentiasa menjadi tumpuan kerana aksi spontan dan comel yang ditunjukkan kanak-kanak berkenaan.

Gelagat Jebat juga sering dikongsikan oleh ibu bapa di Instagram cukup mencuit hati.

Kali ini, Jebat, 4, sekali lagi menjadi perhatian apabila gelagatnya menutup muka ketika mengambil gambar ketika hadir ke salah sebuah butik Naelofar di Putrajaya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Noor Nabila di TikTok, memperlihatkan Jebat menutup muka dengan kedua-dua belah tangannya ketika mengambil gambar bersama keluarga.

Dek kerana malu namanya dipanggil tetamu yang hadir di butik tersebut, Jebat berkeras enggan menurunkan kedua tangannya meskipun dipegang ibu saudaranya, Neelofa.

Bukan itu sahaja, Jebat juga terpaksa didukung oleh bapa saudaranya, Aqif Mohd Noor kerana terus menerus menutup muka di hadapan khalayak.

Menjengah ke ruangan komen, netizen terhibur melihat aksi comel Jebat malah ada juga tidak menyangka kanak-kanak itu merupakan seorang yang pemalu.

“Pemalu rupanya Jebat ni. Semua gambar dia tutup muka. ‘Fiderman’ malu ya, dia pun nak ikut jejak Bilal juga.”

“Jebat nak jadi kelakar macam ayah dia,” kata netizen.

 

Sumber : mStar

 

Be the first to comment on "Pem4lu rupanya! Gelagat comel Jebat Jayden tutup muka bila dipanggil peminat, siap ada yang samakan dengan Bilal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*