“Macam tepi pantai” – Tind4k4n sekeluarga berpiknik di terminal pel3p4san dik3c4m r4mai

KEBIASAANNYA lokasi seperti sungai, pantai mahupun taman rekreasi menjadi pilihan orang ramai untuk berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan.

Bagaimanapun kali ini sekumpulan individu dipercayai sebuah keluarga dilihat begitu selamba membentang tikar sambil menghidangkan makanan seperti sedang berkelah di ruangan menunggu sebuah lapangan terbang.

Suasana itu dapat dilihat menerusi rakaman berdurasi 14 yang pada mulanya dimuat naik di TikTok sebelum dikongsikan semula di grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini oleh seorang individu.

Keghairahan keluarga berkenaan menjamah bekalan yang dibawa mengundang pelbagai reaksi netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Picnic di KLIA (Kuala Lumpur International Airport). Bincangkan,” tulis pengguna Facebook bersama video yang dikongsikan semula itu.

Berdasarkan rakaman, difahamkan kumpulan berkenaan membawa bekalan dari rumah apabila kelihatan nasi yang dihidangkan bersama periuk selain beberapa menu lain serta buah tembikai potong yang diletakkan dalam bekas makanan.

Tinjauan mStar di ruangan komen mendapati rata-rata warganet melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan keluarga ini.

Terdapat juga netizen mempersoalkan tentang ketiadaan petugas lapangan terbang untuk menegur keluarga ini yang berkemungkinan mengganggu keselesaan pengguna lain.

“Boleh ke? Satu, kebersihan. Dua, keselesaan orang sekeliling. Benda macam ni pihak keselamatan airport kena peka.

“Secara teori tak salah tapi saya tak setuju sebab fikirkan keselesaan orang lain.

“Imej airport pun nak kena jaga. Melainkan ada tempat spesifik yang lapangan terbang sediakan bagi penumpang yang lama menunggu,” tulis salah seorang netizen.

Selain itu turut dipertikaikan juga ialah mengapa keluarga ini tidak menggunakan kemudahan disediakan kerana rata-rata lapangan terbang mempunyai medan selera dengan ruang yang selesa dan luas.

“Biasanya kawasan sebegini ada food court atau tempat makan. Tapi saya tak pasti mengapa mereka makan di tempat tak sepatutnya.

Food court kan ada dekat bawah tu. Kenapa tak makan dekat situ. Orang-orang kita ni pun kadang-kadang satu hal juga. Dalam hidup ni kita ada aturan.

“Ada tempat makan, wuduk, tandas dan tempat boleh duduk sahaja tak boleh tidur. Kalau main langgar saja semua baik tak payah ada peraturan. Common sense kut,” ujar netizen.

Bukan itu saja, ada juga segelintir netizen yang menyifatkan apa yang berlaku berkait rapat dengan isu mentaliti dan cara berfikir.

Kata mereka tingkah laku berkenaan mencerminkan tahap mentaliti dan ketamadunan seseorang.

“Kalau tak menyusahkan orang, tak buat kotor, tak apalah. Tapi kalau buat kotor dan ganggu orang lalu lalang, memang tipikal B40 duduk rumah flat.

“Nak tegur tapi disuruh husnuzon. Sampai bila-bila kita tak boleh ubah mentaliti masyarakat kita. Jadi miskin, tak cerdik, (perangai) ‘kampung’ tak salah tapi tak peka tentang adab dan peraturan tu yang salah.

“Apa bendalah yang nak dibuktikan. Ini memang isu mentaliti boleh saja kalau dah nak bawa bekal sangat tu bungkus per person tak perlu nak set up macam berkelah tepi pasir putih tepi pantai,” komen warganet.

Walaupun dinyatakan kejadian berlaku di KLIA, tetapi tidak dapat dipastikan tentang lokasi sebenar kumpulan berkenaan berkelah.

Semakan mStar mendapati bahawa pemilik asal yang memuat naik video itu sudah memadam rakaman tersebut namun malangnya ia tersebar luas di platform media sosial lain.

 

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "“Macam tepi pantai” – Tind4k4n sekeluarga berpiknik di terminal pel3p4san dik3c4m r4mai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*