Nyanyian Anak Gadis Nora Ariffin Buatkan Ramai Terpukau

 

Penyanyi dengan runut bunyi Di Persimpangan Delima, Nora ini cukup popular di era 1990-an. Suaranya cukup merdu dan dia turut hadir dengan beberapa lagu dari genre balada hits yang lain.

Malah anak-anaknya turut memiliki bakat nyanyian sama seperti Nora. Salah seorangnya pernah menyertai rancangan realiti TV.

Baru-baru ini anak gadis Nora pula menjadi perhatian ramai dengan suaranya yang cukup merdu. Satu perkongsian rakaman dengan paparan kehadiran anak gadis Nora, Puteri Dahlia menyanyi di dalam sebuah rancangan.

Korang layan dulu nyanyian anak gadis Nora Ariffin ini yang dikongsikan menerusi akaun TikTok yujikyunn:

@yujikyunn Looks like many people love @Putri Dahlia ‘s live performances! #fyp #malaysia #freshbrew #oldlove ♬ Old Love – yuji & putri dahlia

Siapa sangka, suara nyanyiannya cukup merdu dan menyentuh jiwa! Biarpun menyanyikan lagu dalam bahasa Inggeris, tapi suaranya cukup mengagumkan. Sekali dengar macam bukan penyanyi tempatan yang menyanyi.

Difahamkan juga lagu tersebut berjudul Old Love nyanyian Puteri Dahlia adalah milik gadis ini sendiri yang berkolobrasi bersama Yuji. Ramai juga yang tak menyangka anak gadis Nora ini memiliki bakat nyanyian dan lagu tersebut dinyanyikan olehnya.

 

 

Rakaman yang dikongsikan ini telah meraih lebih sejuta tontonan dan 192 ribu likes. Di ruangan komen rata-rata warganet memuji suara nyanyian gadis ini. Berikut antaranya:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Nyanyian Anak Gadis Nora Ariffin Buatkan Ramai Terpukau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*