Gelagat Johan Tiru Gaya Awie Buatkan Ramai Terhibur

 

Dengar sahaja nama Awie, pastinya ramai membayangkan identiti penyanyi rock ini yang memiliki personaliti tersendiri. Biarpun usianya sudah meningkat, namun kemampuan vokal Awie sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi.

Namanya cukup gah dalam industri menjadikan Awie sebagai idola dalam arena hiburan tanah air. Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman dengan paparan seakan Awie sedang buat persembahan telah mencuri perhatian ramai.

Dalam perkongsian tersebut kedengaran lagi Di Penjara Janji nyanyian asal Awie dipasang. Turut kelihatan dua selebriti di pentas. Yang seorang adalah Lan Solo kerana jelas kelihatan penampilannya di pentas berkenaan.

Namun yang seorang lagi ini telah mencuri perhatian ramai. Rambut panjang kerinting menutupi wajahnya. Sekali selak..Lah rupanya Johan! Korang saksikan sendiri gelagat Awie copy ori ini di pentas dalam rakaman yang dikongsikan seperti berikut:

@man_tiger91

hahah tknmpak dh Lan solo dgn amir masdi..dok tgok awie copy ni ja..haha johan2😂..

♬ original sound – abdul rahman mohmad

Ini pula satu lagi rakaman dari sisi lain dan jelas dengan paparan Awie copy ori yang dilakonkan oleh Johan:

@keen_ismail PENJARA JANJI | AMIR MASDI & LAN SOLO & JOHAN | PIKNIK HOTFM | PADANG KOTA #penjarajanji #penjarajanjiawie #amirmasdi #lansolo #padangkota #hotfm #fyp ♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Rupa-rupanya Johan miming sahaja! Tapi nampak macam dia nyanyi betul-betul. Apa-apa pun rakaman ini diambil ketika acara jelajah Hot FM bertemu pendengar di Padang Kota. Di ruangan komen rata-rata warganet akui terhibur dengan gelagat Johan ini.

Berikut antara komen yang ditinggalkan di ruangan komen:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Gelagat Johan Tiru Gaya Awie Buatkan Ramai Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*