Bapa Meninggal 3 Jam Sebelum Majlis, Netizen Seb4k Tengok Mata Sayu Pengantin

Hari pernikahan pastinya menjadi momen dan kenangan indah yang tidak dapat dilupakan buat pasangan pengantin. Namun lain pula pengalaman yang dilalui oleh pengantin perempuan ini apabila ayah tercinta pulang ke negeri abadi buat selama-lamanya pada hari pernikahannya.

Menerusi video yang dikongsikan ini, jurumekap atau MUA kepada pengantin perempuan itu berkongsikan momen sedih dialami pelanggannya itu. Menurutnya, dia dimaklumkan bapa kepada pengantin perempuan itu men1nggal dunia kira-kira tiga jam sebelum majlis pernikahan dimulakan.

Perkhabaran sedih itu juga dimaklumkan sendiri oleh pengantin perempuan itu menerusi hantaran mesej. Menurut MUA itu pula, pada ketika itu dia sedang bersiap sedia untuk menjalankan tugasnya menyolek pengantin dan mengakui berasa terkejut dengan berita yang diterimanya itu.

VIDEO:

@intanmasekh Nikah lepas isyak, pukul 4:30 petang wassap ayahnya baru meninggal. Dia tak nk teruskan majlis tapi atas nasihat keluarga semua terpks disteruskan sbb semua dh tersedia . Sapa sangka ayahnya pulang ke negeri abadi lewat petang tu #fyp #muajohor #fyppppppppppppppppppppppp ♬ suara asli – sadvibes🥀 – Sadvibes🥀

Difahamkan, pada awalnya pengantin perempuan itu tidak mahu meneruskan majlisnya namun oleh kerana segala persiapan telah dilakukan mereka bersetuju untuk meneruskan juga majlis pernikahannya. Apa yang mencVri tumpuan ramai ialah mata sayu pengantin perempuan yang kelihatan begitu sedih dengan pem3rgian bapa tercinta.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut memuji kekuatan pengantin perempuan untuk meneruskan majlis dalam situasinya itu. Dalam masa yang sama, netizen turut memberikan ucapan takziah kepada keluarga pengantin perempuan dan berharap mereka akan terus kuat menerima ujian tersebut.

“Muka boleh senyum tapi dalam hati dia.”

pengantin

“Tarikh anniversary dia tarikh yang sama dengan kem4tian bapanya. Allahu sedihnya.”

pengantin perempuan

“Ya Allah kuatnya dia tapi mata tak boleh nak tipu sayu je.”

komen

“Kentalnya hati dia weh boleh tahan air mata kalau aku ni…”

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Bapa Meninggal 3 Jam Sebelum Majlis, Netizen Seb4k Tengok Mata Sayu Pengantin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*