Kakak jaga macam arw4h mak, adik n4ngis nak tinggalkan kampung! Sempat beri ‘pesanan penting’ sebelum naik bas

NAMPAK kuat, tapi hati t1su.

Sememangnya bukan mudah untuk melihat air mata lelaki walaupun hakikatnya menangis itu sebenarnya adalah fitrah manusia.

Begitulah kisah seorang pemuda yang berkongsi video tangisannya yang dirakam ketika menaiki bas gara-gara merindui kakaknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bercakap kepada mStar, Muhammad Aidil Zailani mengakui tidak dapat menahan sebak semasa meninggalkan kampungnya di Janda Baik, Pahang, pada Ahad.

Lebih mesra disapa Aidil, katanya, dia sebelum ini berada di kampung selama tiga minggu kerana cuti s4kitselepas terbabit dalam kem4langan jalan raya.

“Saya dilanggar oleh sebuah kereta ketika menunggang motosikal. Akibat kem4langan tu, saya mengalami kecederaan di bahagian kaki dan sukar untuk bergerak.

“Jadi, adik jemput saya di rumah sewa di Cameron Highlands dan hantar ke kampung. Kakak yang jaga saya selama tiga minggu,” katanya kepada mStar.

Keadaan Aidil selepas dilanggar kereta.

Menurut pemuda berusia 27 tahun itu, ibu bapanya sudah men1nggal dunia dan kakaknya yang merupakan suri rumah tinggal bersama suami dan anak-anak di kampung.

“Kakak yang tolong balut dan ub4tkan kaki saya, jaga makan minum saya, dia masak… baju saya pun dia basuh.

“Dari saya hanya boleh bergerak dengan kerusi roda, kakak jaga sehinggalah saya boleh berjalan menggunakan tongkat,” ujarnya mengenai kakaknya yang berusia 31 tahun.

Kakak membantu membalut dan mengub4ti luka pada kaki Aidil.

Sepanjang tempoh tiga minggu itu, Aidil yang merupakan anak keempat daripada lima beradik memberitahu, kakaknya menjaganya seperti arw4h ibunya.

“Paling terkesan apabila setiap pagi, kakak akan buatkan sarapan untuk saya. Siap bancuhkan susu untuk pulihkan kaki saya.

“Masa balut dan sapu ub4t pada kaki saya, kakak kata dia terkenangkan masa jaga arw4h ayah dan arw4h mak. Kakak yang banyak membantu menjaga mereka,” katanya sambil menambah ibunya men1nggal dunia pada 2017 akibat j4ngkitan kuman di paru-paru, manakala bapanya dijemput Ilahi setahun kemudian kerana menghidap kanser paru-paru.

Aidil bersama kakaknya.

Bagi Aidil, kakaknya yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata itu seorang yang rajin melakukan kerja-kerja rumah dan suka membantu orang lain.

“Ada persamaan sifat kakak dengan arw4h mak, iaitu suka bercakap dan membebel. Banyak menasihati saya supaya sentiasa jaga diri.

“Masa saya nak balik tu, dia berpesan supaya cepat-cepat kahwin supaya ada orang yang boleh tengokkan (jaga) saya,” katanya.

Aidil yang merupakan penjawat awam mengakui hari pertamanya selepas pulang dari kampung begitu sunyi kerana ketiadaan kakaknya.

Aidil (kiri) bersama keluarganya.

“Pagi pertama saya bangun memang seb4k sebab dah tak ada kakak bancuhkan susu. Rasa sunyi sampai rasa tak nak pergi kerja.

“Saya ingat lagi masa saya cuti sakit, saya yang bekerja secara kontrak ‘terlepas’ mengikuti sesi temuduga untuk jawatan tetap.

“Saya cakap kat kakak, saya nak berhenti kerja sebab stres. Tapi kakak beri semangat pada saya untuk teruskan dan tunggu peluang lain.

“Kakak macam mak saya. Kalau kita dah tak ada mak ayah, jangan rasa kita tak boleh gembira kerana kita masih ada adik-beradik dan saudara-mara,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber:Mstar

 

Be the first to comment on "Kakak jaga macam arw4h mak, adik n4ngis nak tinggalkan kampung! Sempat beri ‘pesanan penting’ sebelum naik bas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*