Baru-baru ini, sebuah video menjadi bualan ramai di media sosial apabila seorang wanita membeli perhiasan emas dan membayarnya menggunakan duit syiling sahaja. Video yang dimuat naik itu turut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Rata-rata netizen ada yang menganggapnya perkara biasa sahaja namun ada juga yang mengkritik tindakan pelanggan itu. Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan pelanggan wanita itu sedang melakukan urusan membeli perhiasan emas di kedai tersebut.
Apa yang membuatkan ramai terkesima ialah pelanggan itu membeli perhiasan emas itu menggunakan duit syiling yang dibawanya. Turut kelihatan, pekerja kedai sedang mengira jumlah duit syiling yang dibawanya itu untuk urusan jual beli.
@odelonjewelskt Pecah tabunv buat beli emasđđ #916 #fyp #viral #2022 #merdeka #odelonjewels #kualaterengganu #ganu ⏠Tiba-Tiba Speed Up – liriklaguă
Netizen turut mempersoalkan tindakan pelanggan terbabit yang memilih untuk membayar dengan duit syiling semata-mata. Ianya dianggap menyusahkan pekerja untuk mengira kesemua duit syiling tersebut terutamanya jumlah yang dibawa bukanlah sedikit tetapi banyak.
Namun pemilik kedai memberitahu dia menerima segala bentuk pembayaran dan tidak kisah dengan duit syiling yang dibawa itu walaupun dia mengaku berasa terkejut pada awalnya. Menurutnya, pelanggan itu membeli sebentuk cincin bersama gelang emas.
âTak ramai yang nak terima duit syiling ni sebab renyah, jadi kami mengambil inisiatif sebaliknya sekaligus memudahkan orang ramai khususnya suri rumah yang ingin memiliki barang kemas idaman.â
Difahamkan, kebanyakan yang memilih untuk membayar menggunakan duit syiling adalah dari golongan suri rumah yang telah menabung duit dalam tempoh yang lama. Berdasarkan tinjauan di ruangan komen juga, ada yang mend4kwa pernah melakukan perkara yang sama sebelum ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Â
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media
Sumber : HCL
Be the first to comment on "Wanita Beli Emas Guna Duit Syiling, Jurujual Gigih Tolong Kirakan"