Bekas Suami Sudah Ada kehidupan Baru. Erra Fazira Tak Nak Terus Single

Hampir 8 tahun bergelar ibu tunggal kepada cahaya matanya Engku Aleesya, penyanyi dan pelakon Erra Fazira memberi bayangan masih ingin hidup berpa$angan.

Memetik Harian Metro, bagaimanapun selebriti berusia 48 tahun itu menyerahkan soal jodohnya pada ketentuan Allah dan menerima jika sudah ditakdirkan single.

“Saya tak nak single. Kenapa nak ‘single’ bila boleh berdua? Namun, jika Allah dah kata macam itu terima sajalah. Kalau ada peluang berdua kenapa tidak?” katanya.

Bagaimanapun, apabila ditanya pada Aleesya adakah dia bersetuju jika ibunya kembali hidup berdua, gadis berusia 13 tahun itu menjawab tidak.

Dalam pada itu, Erra turut berkongsikan ada menerima jemputan ke majlis perkahwinan rakannya, Shahir Zawawi namun tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan kerja.

“Alhamdulillah, dia dah selamat diijabkabulkan dan menjadi suami orang.

Semoga berkekalan hingga ke jannah. Minta maaf saya tak dapat hadir. Ada jemputan, tapi saya tak dapat hadir sebab ada urusan kerja,” katanya.

Video:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Bekas Suami Sudah Ada kehidupan Baru. Erra Fazira Tak Nak Terus Single"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*