“Tahniah Anak Ayah”- Hattan Bangga Lihat Anaknya Rangkul Trofi Album Terbaik AIM 23

Bak kata pepatah, ‘ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi’. Jika sebelum ini kita lihat Datuk Hattan berada di pentas menerima anugerah, kini giliran anak lelakinya pula Adam Eiman memegang trofi di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23), semalam.

Mungkin ramai yang tak tahu, Adam merupakan seorang  komposer dan penulis lirik yang terlibat dalam album Yonnyboii berjudul Deluxe Version. Mereka menerima anugerah Album Terbaik AIM23 pada acara yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

VIA Instagram YonnyBoii

Menerusi Instagram Stories Hattan, dia berkongsi foto Adam berada di atas pentas AIM sambil memegang trofi. Kemudian dia mengucapkan tahniah kepada Adam dan meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan anaknya.

“Tahniah Anak ayah, Adam Eiman dan rakan-rakan..”- tulis Hattan dengan menyertakan hashtag meluahkan rasa bangga.

VIA Instagram Dato Hattan

Di atas kemenangan itu, mereka membawa pulang Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik berjumlah RM200,000 daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sebagai insentif dan galakan kepada penggiat industri kreatif.

VIA Instagram Adam Eiman

Sekadar info Adam atau nama sebenarnya Adam Eiman Mohd Shukri merupakan anak tunggal Hattan dan isterinya, Datin Arianie Mohd Abidin. Tahniah Adam, semoga terus sukses dalam industri muzik tanahair.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Teh Tarik Kaw

Sumber:Murai.my

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : 

Be the first to comment on "“Tahniah Anak Ayah”- Hattan Bangga Lihat Anaknya Rangkul Trofi Album Terbaik AIM 23"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*