“Patutlah Udara Kejap Pana$ Kejap Sejuk”- Lelaki Beng4ng Juruteknik Pasang Compressor Dalam Bilik

Keadaan cuaca panas di Malaysia membuatkan rata-rata memilih untuk memasang penghawa dingin di rumah masing-masing. Walaupun terpaksa berbelanja lebih pada setiap bulan, pastinya ramai yang tidak tahan dengan cuaca di Malaysia yang panas berbahang dan boleh membuatkan sesiapa sahaja tidak senang duduk dibuatnya.

Baru-baru ini pula, seorang lelaki berkongsikan satu situasi pemasangan penghawa dingin yang berlaku di Rantau Panjang, Kelantan. Menurutnya, juruteknik telah dipanggil untuk memasang penghawa dingin di kediaman mak saudaranya.

Namun semasa pemasangan dilakukan, mak saudara lelaki itu selaku pemilik kediaman tidak berada di rumah dan tidak dapat melihat kerja-kerja pemasangan dibuat. Apa yang membuatkan mereka terkejut kemudiannya ialah juruteknik telah meletakkan outdoor compressor penghawa dingin itu di dalam rumah.

Kebiasaannya compressor seperti itu diletakkan di bahagian luar rumah kerana ia akan mengeluarkan haba panas. Tetapi juruteknik itu telah meletakkannya di dalam bilik yang merupakan kawasan di belakang dinding penghawa dingin itu dipasang.

Melihatkan lokasi compressor tersebut, lelaki itu turut sama berasa beng4ng dengan cara pemasangan yang pelik dilakukan oleh juruteknik itu. Bukan sahaja pelik malah lokasi compressor itu juga akan membuatkan pemilik rumah berasa kurang selesa untuk berada di dalam bilik tersebut kerana haba panas yang dikeluarkan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa pelik dan terhibur melihat hasil yang dilakukan oleh juruteknik tersebut. Namun dalam masa yang sama, ada juga yang berasa kasihan dengan nasib tuan rumah yang terpaksa menahan panas di dalam bilik gara-gara compressor yang diletakkan di situ.

“Nak sejuk duduk luar, nak panas masuk bilik…”

penghawa dingin

“Mak sedara demo nak aircond jenis panas kot.”

compressor

“Tengok tutorial di YouTube ni.”

komen

“First time aku tengok kipas aircond tu kat dalam rumah.”

tik tok

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "“Patutlah Udara Kejap Pana$ Kejap Sejuk”- Lelaki Beng4ng Juruteknik Pasang Compressor Dalam Bilik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*