Alif Satar Sak$i ‘Perjalanan Terakhir’ Ratu Elizabeth II

Jika anda mengikuti perkembangan keluarga Di-Raja Britain, sudah tentu anada akan mengetahui berita kemangk4tan Ratu Elizabeth II, monarki Britain yang paling lama bertakhta dalam sejarah negara itu, baginda mangkat pada usia 96 tahun.

Istana Buckingham, dalam satu kenyataan ringkas, memaklumkan kemangkatan baginda dan bermulanya tempoh berkabung selama 10 hari, ketika seluruh dunia mengucapkan takziah dan mengimbau kembali kegemilangan pemer1ntahan baginda.

Alif Satar sedang bercuti bersama keluarganya di luar negara.

Terbaru, Aliff berkongsikan dia tidak menyangka perjalanan mereka sekeluarga ketika mencari nasi briyani di Edinburgh, London memberikan kenangan bermakna.

Menurut Alif, dia sekeluarga berpeluang melihat sendiri perarakan kereta m4yat yang membawa keranda Ratu Elizabeth II yang sedang merentas1 ribuan rakyat jelata yang memberi penghormatan terakhir kepada baginda.

“Semalam (Ahad), kami tinggalkan hotel di The Gleneagles untuk Edinburgh. Sampai saja di Edinburgh, kami pun tinggal kereta dan berjalan di bandar untuk mencari makanan tengahari.

“Sekali, sedang kami berjalan mencari briyani (dah seminggu lebih tak makan nasi), tengok-tengok jalan semua tutup. Nak l1ntas seberang jalan pun tak boleh sebab orang dah ramai. Rupa-rupanya ada perarakan kereta yang membawa keranda Ratu Elizabeth II.”tulisnya.

Menerusi entri itu, Alif turut memuat naik video ketika perarakan tersebut. Perkongsian Alif itu mendapat  pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja serta mengatakan selebriti serta keluarganya  bertuah dapat melihat peristiwa penuh bersejarah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Witnessing the hist0ry bro

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan rasa bangga dan teruja apabila Alif dan keluarganya dikatakan bertuah kerana berpeluang melihat peristiwa bersejarah itu di depan mata.

Komen Netizen:

“You’re so lucky. It’s a lifetime experience for the kids.”

“Waaa best. U were there on the event”

“Terselit juga Malaysian kat sana. Hihi. Enjoy your holiday!!”

 

Untuk info, selepas kemangkatan ratu Elizabeth II,  Raja Charles III secara rasminya ditabalkan sebagai Raja baharu Britain oleh Majlis Pemasyhuran pada hari Sabtu lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : IG Alif Satar

Be the first to comment on "Alif Satar Sak$i ‘Perjalanan Terakhir’ Ratu Elizabeth II"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*