“Cantik Sangat Orangnya..” Akhirnya Istana Kelantan Tunjuk Wajah Sultanah Nur Diana Petra Abdullah

Rata-rata rakyat Kelantan mengakui terkejut dengan pengisytiharan Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan berkuat kuasa sebulan yang lepas.

Bagaimanapun, kebanyakan daripada mereka gembira dengan perkhabaran tersebut malah tidak sabar untuk menatap wajah Sultanah Kelantan itu yang masih menjadi tanda tanya.

Cantiknya Tuanku Permaisuri Sultanah Klate (Kelantan).

Demikian antara komen yang diberikan netizen terhadap perkongsian di Facebook Unit Media Pejabat Sultan Kelantan, yang memaparkan wajah Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Menerusi perkongsian tersebut, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah berkenan menerima mengadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) yang diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan, pada Selasa.

“Rombongan diketuai oleh YM Tengku Ramizan binti Tengku Abdul Aziz (Presiden Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan) dan beberapa ahli pertubuhan yang lain.

Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah (tengah) bersama sebahagian ahli Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK).

“Turut sama hadir menyambut DYMM Sultanah Kelantan ialah YM Dato’ Sri Raja Rezza Shah (Tengku Sri Kelana D’Raja Kelantan), YM Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa) dan Pegawai-Pegawai Istana Kelantan,” demikian perkongsian berkenaan.

Beberapa keping gambar pertemuan tersebut dimuat naik bersama perkongsian berkenaan.

Kelihatan Sultanah Nur Diana Petra anggun mengenakan persalinan kurung moden bermotif batik rona ‘peach’ dan lengkap berselendang.

Meskipun turut memakai t0peng pelitvp muka, namun kejelitaan baginda nyata terserlah.

Difahamkan, ini adalah kali pertama wajah baginda dipaparkan selepas diisytiharkan secara rasmi sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja apabila dapat menatap wajah baginda.

komen 1

Netizen turut teruja melihat wajah Sultanah Kelantan buat kali pertama.

“Wow first time tengok Sultanah Kelate.

“Ni tubik dah wajah isteri Sultan Kelate.

“Moga Tuanku Sultanah dalam perlindungan Allah selalu,” demikian antara komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber:mstar

Be the first to comment on "“Cantik Sangat Orangnya..” Akhirnya Istana Kelantan Tunjuk Wajah Sultanah Nur Diana Petra Abdullah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*