Ucap Selamat Hari Lahir Buat Ashraf Sinclair, BCL Kongsi Foto Arwah Suami Pelvk Anak

Kehilangan orang tersayang sememangnya berat untuk diterima. Tambahan pula, hanya doa mampu dikirimkan untuk melepaskan rindu yang tidak terucap dengan kata-kata.

Perasaan itu dapat digambarkan melalui posting di akaun Instagram milik selebriti popular Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari yang sudah kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair sejak dua tahun yang lalu.

Bersempena dengan hari lahir Ashraf pada 18 September, BCL telah memuat naik gambar allahy4rham suaminya yang sedang memelvk anak tunggal mereka dengan menyertakan kapsyen menyentuh hati.

Dalam perkongsian tersebut, pelantun lagu Wanita Terbahagia itu telah mengucapkan selamat hari lahir serta mengatakan yang mereka amat merindui dan sentiasa menyayangi suaminya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Perkongsian berkenaan telah menerima komen-komen daripada rakan artis baik dari Malaysia mahupun Indonesia.

Mereka telah menitipkan kata-kata semangat buat BCL dan Noah serta terus mendoakan agar allahy4rham Ashraf ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

 

 

Terdahulu, Ashraf Sinclair telah dikhabarkan men1nggal dunia pada 18 Februari 2020 sewaktu dalam tidur. Difahamkan punca kem4tiannya adalah disebabkan serangan jantung.

Lebih menyedihkan lagi, pasangan tersebut baru sahaja beberapa hari pulang dari Amerika Syarikat bagi menghabiskan cuti bersama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Instagram bungacitralestari

Be the first to comment on "Ucap Selamat Hari Lahir Buat Ashraf Sinclair, BCL Kongsi Foto Arwah Suami Pelvk Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*