“$erius La Body Cantik Macam Ni”- Dianggap Masih Gadis, Rupanya Ibu Anak Tujuh

 Melihat wajah dan penampilan luarannya mungkin ada yang beranggapan Noriza Tul Akma Abdullah belum berumah tangga.

Hakikatnya, wanita berusia 32 tahun itu sudah memiliki tujuh cahaya mata dengan seorang daripadanya men1nggal dunia ketika kandungan berusia empat bulan.

Ia hasil perkahwinannya dengan suami, Muhamad Izzhar Abdullah, 34, pada 2006 iaitu ketika dia berusia 16 tahun.

Ditakdirkan, wanita mesra disapa Akma itu dikurniakan rezeki awal apabila menimang cahaya mata sulung setahun selepas berkahwin sekali gus menjadikannya ibu pada usia muda.

“Saya berkahwin dengan kerelaan sendiri, bukan atas pak$aan keluarga atau dijodohkan oleh mereka.

“Kiranya, saya dan suami memang nak menghalalkan hubvngan kami dengan perkahwinan.

“Tempoh lima tahun pada awal perkahwinan agak $ukar juga kerana usia belum matang malah pernah juga catu makan tetapi semakin biasa menyesuaikan dengan keadaan selepas melahirkan anak kedua,” katanya.

Menurut Akma, selain merujuk dengan ibu bapa, dia banyak membaca buku berkaitan penjagaan bayi untuk menambah pengetahuan.

Katanya, pengetahuan diperoleh itu cuba diaplikasikan mengikut keadaan setiap seorang anaknya.

“Kalau pergi kedai buku, saya memang suka cari buku berkaitan penjagaan anak.

“Dari situ, saya belajar walaupun realitinya tidak sama dan lebih mencabar,” katanya.

Setiap kali keluar bersama anak, Akma tidak menafikan ada yang menyangka dia anak sulung dan berjalan-jalan membawa adik.

Akma berkata, ada juga individu yang cuba ‘mengayatnya’ kerana beranggapan dia belum berkahwin.

“Hakikatnya, saya sudah berkahwin dan ibu kepada tujuh cahaya mata dengan yang sulung berusia 15 tahun dan bongsu dua tahun manakala anak syurga saya, Muhamad sudah men1nggal dunia kerana jantvng berhenti semasa dalam kandungan.

“Saya tidak l4yan dan anggap ia sekadar usikan daripada mereka yang tidak kenal kerana orang terdekat tahu saya sudah berkahwin,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Berita_viral22 (@berita_viral22)

Berhubung kisahnya yang tular selepas memuat naik video di TikTok, Akma berkata, dia sekadar berkongsi untuk suka-suka saja dan tiada niat mencari perhatian.

“Saya muat naik video itu kelmarin (Jumaat) dan tak sangka ramai yang menonton. Alhamdulillah, banyak komen p0sitif dan terima kasih saya ucapkan kepada yang mendoakan namun ada juga menvduh video itu hanya rekaan serta sekadar bahan (content).

“Saya tidak ambil kisah komen negat1f dan terima saja dengan lapang d4da.

“Apa yang pasti, saya doakan mereka belum ada cahaya mata atau sedang berusaha dikurniakan rezeki anak oleh Allah.

“Bagi yang ada perancangan kahwin awal pula, saya nasihatkan jangan terburv-bvru melainkan sudah benar-benar bersedia memikvl tanggungjawab sebagai suami dan isteri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Berita_viral22 (@berita_viral22)

“Ia kerana perkahwinan bukan perkara mudah malah kelangsungan hubungan suami isteri menuntut tolak ansur serta kesabaran tinggi,” katanya yang mencari rezeki menerusi perniagaan dalam talian.

 

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "“$erius La Body Cantik Macam Ni”- Dianggap Masih Gadis, Rupanya Ibu Anak Tujuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*