Inai Che Ta Pertama Diiktiraf Sah Solat, Siap Lakukan Ujian Klinikal Guna Kuku Manusia Lagi.

Baru empat bulan berada di pasaran, inai ‘instant’ atau segera mampu milik, Mazaville (Inai Che Ta) diusahakan Anas Zahrin dan Rozita Che Wan sudah terjual lebih 100,000 kotak!

Malah hingga kini lebih 1000 pengedar berdaftar berjaya menjana pendapatan sampingan mereka berbekalkan jualan inai berkenaan. Enggan berpeluk tubuh dan terus selesa dengan apa yang ada, jenama itu terus optimis mahu membantu 1 juta wanita di Malaysia menjana pendapatan sampingan.

Rozita Che Wan atau Che Ta yang bertindak sebagai pengasas bersama dan duta ‘kecil’ jenama inai berkenaan, pihaknya sedar usaha membangunkan ekonomi golongan wanita mahupun suri rumah tidak pernah bern0ktah.

Che Ta yang juga isteri kepada Zain Saidin menambah, pengalaman bergelar wanita berdikari hingga menjadi ibu tunggal sebelum ini banyak membuka ruang baginya menyelami getir rasa kaum hawa.

DAPAT PENGIKTIRAFAN SAH SOLAT

Dalam pada itu, Che Ta bersyukur kerana produk inai terbabit diiktiraf telap air dan sah penggunaannya dalam solat daripada pihak Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu pada 14 September lalu.

Lambakan inai yang mudah digunakan di pasaran seperti inai serbuk, inai siap b4ncuh atau inai celup menyebabkan ada golongan wanita keliru.

“Terutamanya berkaitan inai jenis celup yang dikatakan menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi wajib.Tapi akhirnya, inai kami ini sah dipakai dalam bersolat,” kata Che Ta.

Proses ujian klinikal telah dilakukan dengan kerjasama Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu dibawah pengawasan Prof Madya ChM Dr Mohd Zul Helmi Rozani.

Che Ta dan Anas ditemui pada acara A Night With Rozita Che Wan bertemakan Malam Bollywood yang sangat meriah di Glam Hall, Damansara Perdana pada 15 September lalu bagi meraikan semua yang menyokongan perjalanan Inai Che Ta termasuk keluarga, rakan – rakan, media dan juga Skuad Inai Che Ta.

Turut dilancarkan pada majlis berkenaan ialah pembungkusan semula kotak inai selain produk terbaharu gincu mawar hitam atau Black Rose Che Ta berharga RM19.90.

Terdahulu Jun lalu, di premis acara sama, sebuah acara memperkenalkan jenama inai itu diadakan. Malah serentak turut diadakan majlis berinai besar-besaran bersempena ulang tahun perkahwinan Che Ta dan Zain yang bakal genap 10 tahun pada 11 Disember depan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: NONA

Be the first to comment on "Inai Che Ta Pertama Diiktiraf Sah Solat, Siap Lakukan Ujian Klinikal Guna Kuku Manusia Lagi."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*