“Dialog Macam Ceramah”- Ramai Netizen Kr1tik Mat Kilau Di Netflix, Syamsul Yusof Terus Respon

Sebelum ini ramai melahirkan rasa bangga dan pujian terhadap filem Mat Kilau Kebangk1tan Phlawan sehingga ia berjaya mencapai kutipan luar biasa, RM97 juta sepanjang dua bulan ditayangkan di pawagam.

Namun sejak ia mula ditayangkan menerusi aplikasi penstriman Netflix pada 16 September lalu bersempena Hari Malaysia, ia mendapat reaksi berbeza daripada penonton sehingga perbualan mengenainya trending di Twitter.

 

Rata-rata yang pertama kali menonton filem tersebut memberikan reviu negat1f terhadap karya Syamsul Yusof itu selain meluahkan rasa hamp4 terutamanya mel1batkan b4bak ak$i.

Memetik Harian Metro, pengarah filem tersebut iaitu Syamsul Yusof berkata apa yang penting kebanyakan penonton sukakan filem tersebut serta menerima mesej di Instagram dari penonton seluruh negara.

“Ada suka, puji melambung, h1na pun ada. Jadi, tenang-tenanglah. Apa pun alhamdulilah.

Saya dah lama buat filem dah ‘masak’. Filem ni biasalah. Apa yang penting majoriti penonton suka, saya bersyukur. Lepas tu sebagai pengkarya filem jangan mudah pua$ hati. Terus perbaiki dan baiki perlahan-lahan.

“Apabila ditayangkan di Netflix, alhamdulillah, respons pun sangat baik, luar biasa juga.

Saya setiap hari menerima DM, mesej daripada peminat di serata dunia.

Ada dari Jerman, Madinah (Aarab Saudi), Australia, Amerika Syarikat, cakap tahniah dan pasukan Mat Kilau,” katanya.

Terdahulu, rata-rata penonton yang baru kali pertama menonton filem itu seakan-akan tidak berpua$ hati dengan kualiti filem berkenaan.

Selain itu ada yang mengatakan kualiti sinemat0grafi b4bak ak$i yang dikatakan kucar-kacir serta skrip yang digunakan di dalam filem itu kurang menarik dan kedengaran seperti ‘ceramah’.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "“Dialog Macam Ceramah”- Ramai Netizen Kr1tik Mat Kilau Di Netflix, Syamsul Yusof Terus Respon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*