Sehari Hanya Makan Sebiji Telur. Dr Samhan Kongsi Pengalaman Peritt Hidup $usah Dengan Isteri

BAGI sebahagian besar pa$angan suami isteri, meraikan hari ulang tahun perkahwinan adalah satu perkara yang wajib disambut setiap tahun.

Lazimnya, pasangan memilih untuk menikmati makan malam romantik (candle light dinner), berbulan madu, memberi hadiah dan pelbagai lagi cara untuk menghargai pasangan masing-masing.

Bagi seorang doktor yang begitu dikenali di Facebook, Dr Ahmad Samhan, ulang tahun perkahwinannya yang ke-10 adalah yang paling istimewa kerana dapat menunaikan impian isterinya, Dr Rushaida Zabidi.

Bang, best kan kalau kita boleh sambut anniversary di Makkah? Dia berseloroh sambil tersengih. Mungkin dia anggap kata-kata itu sekadar gurauan.

Dr Ahmad Samhan dan isterinya ketika mengerjakan umrah sebelum ini.

“Namun jauh di sudut hati, aku berdoa moga Allah pilih kami lagi dan makbulkan hasratnya.

“Syukur Allah mudahkan dan pilih kami lagi untuk menjejaki kaki di Tanah Har4m dan menziarahi Rasulullah SAW. Tanah h4ram menjadi saksi ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10.

“Doakan perjalanan kami dan amalan diterima Allah. Saya doakan kalian juga dipilih untuk jadi tetamu Allah,” tulisnya dalam satu hantaran Facebook pada Sabtu.

Dalam coretan yang dikongsikan sebelum berlepas ke Tanah Suci, Dr Ahmad Samhan turut mengimbas pahit manis sepanjang 10 tahun membina rumah tangga dengan wanita yang dikenalinya ketika sama-sama menuntut di Mesir.

“Kami diijabkabul di tahun tiga pervbatan. Tak mudah berumah tangga ketika masih belajar. Pernah sekali aku betul-betul tak ada duit. Tapi takkanlah dah ada isteri ni aku tergamak nak minta duit belanja dari abah.

“Duit aku hanya cukup-cukup beli sepapan telur. Sayang, bulan ni abang mampu beli ni je. Kita makan nasi dengan kicap, telur sebiji kita kongsi ya?. ‘Tak apalah, ini pun dah cukup’.

Selama 10 tahun berumah tangga, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

“Dia masuk bilik ambil marker dan tulis atas telur nombor 1 hingga 30. Tujuan supaya tak masak lebih dari sebiji setiap hari. Aku $ebak,” imbasnya.

Perkahwinan mereka sekali lagi diuji ketika Dr Ahmad Samhan jatvh $akit, namun isterinya tetap setia berada di sisi memastikan setiap keperluannya tidak terabai.

“Tujuh tahun lepas aku disahkan ada ketumbvhan rahang. Perlu jalan1 pembed4han besar. Pembed4han ini menjadikan aku manusia b1su. Mulvt di1kat dengan dawa1 dan tekak ditevuk.

Dialah yang sentiasa beri kata-kata $emangat waktu aku putu$ harapan. Dialah yang sentiasa memahami dan memberi sokongan penuh setiap apa yang aku lakvkan.

DR AHMAD SAMHAN

“Kaki di$imen, minum susu ikut h1dung dan kenc1ng melalui t1ub. $eksa, Allah saja tahu. Namun, dia tetap setia di sisi menemani dan menjag4. Sikit pun tak mengelvh,” kongsi Dr Ahmad Samhan lagi.

Mengusahakan lima buah klinik di Terengganu, Dr Ahmad Samhan berkata kejayaan dan pencapaian yang diraihnya ketika ini bukanlah atas usahanya seorang diri, sebaliknya dibina di atas peng0rbanan isteri.

Dr Ahmad Samhan kini mengusahakan lima buah klinik di Terengganu.

“Di sebalik kehebatan seorang lelaki, ada wanita hebat di belakangnya. Wanita yang telah banyak berk0rban. Kerana itu aku berusaha sedaya yang mampu untuk penuhi hasratnya.

“Nasihat saya untuk suami, hargailah isteri ketika susah dan senang. Jangan lupa peng0rbanan dia bila berada di pvncak. Layanlah dia sebaik mungkin. Hargai dia. Hari ini dia ada, esok lusa mungkin dia tiada.

“Buat apa saja yang terdaya untuk tunaikan hasratnya. Kerana apa yang dia buat untuk kita dan keluarga tiada bandingan,” kongsinya lagi.

Sehingga kini coretan Dr Ahmad Samhan meraih lebih 1,000 shares di Facebook.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Sehari Hanya Makan Sebiji Telur. Dr Samhan Kongsi Pengalaman Peritt Hidup $usah Dengan Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*