“Alahai Sweet Betul Dua Orang Ni” Kongsi Video Di Tiktok, Netizen Samakan Warna Baju Neelofa Dan Fazura

Pelakon, Nur Fazura mencipta sejarahnya tersendiri apabila berjaya menganjurkan konsert sulungnya, Faztival Fazura 2022 yang mendapat sambutan hangat bertempat di Axiata Arena pada Ahad lalu.

Sambutan Yang Meriah

via Utusan

Konsert yang berlangsung dengan meriah itu juga menampilkan persembahan nama-nama besar iaitu Datuk M Nasir, Datuk Awie, Ella, Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi.

Istimewanya lagi, Faztival Fazura juga turut menjemput artis terkenal Indonesia, Mulan Jameela dan Ahmad Band hadir bagi menghiburkan peminat.

Mencipta Dua Rekod Baharu

Pada malam itu juga, isteri kepada pelakon, Fattah Amin ini telah mencipta dua rekod baharu Malaysia Book of Records.

Rekod tersebut adalah The Largest ‘Tudung Fazura’ Gathering in an Event dan The Largest Tudung Bawal in Malaysia.

Video Neelofa Mula Viral

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by نور نيلوفا (@lofa.page)

Terbaru, satu video perkongsian dari Tiktok Lofa.page telah mendapat perhatian dari netizen. Pemilik akaun tersebut telah berkongsikan Neelofa memakai jubah yang berwarna unggu.

Melihat diruangan komen, netizen seolah-olah menyamakan warna baju yang dipakai oleh Neelofa seakan-akan sama dengan warna yang telah dipakai oleh Fazura ketika menjayakan Faztival Fazura.

Bukan itu saja, netizen juga turut memuji dengan baju yang dipakai oleh Neelofa dengan menyatakan bahawa baju yang dipakainya tersebut menampakkan dirinya lebih cantik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Murai

Be the first to comment on "“Alahai Sweet Betul Dua Orang Ni” Kongsi Video Di Tiktok, Netizen Samakan Warna Baju Neelofa Dan Fazura"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*