“Rezeki Mencurah-curah”- “ Janna Nick Tayang Rumah Baru Lagi

Selebriti popular, Janna Nick berkongsi berita di Instagram apabila dia kini berjaya memiliki kediaman kedua.

Memuat naik foto yang berlatar belakangkan rumah teres dia tingkat yang baru dibeli, pelakon drama Cari Aku Di Syurga ini turut menulis coretan humor menerusi ruangan kapsyen.

“Alhamdulillah done tambah hutang. Jom la kerja lebih kera$ lagi,” tulis Janna sambil d1susuli dengan hashtag #newhouse.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut tumpang teruja dengan pencapaian penyanyi dan pelakon itu.

“Congratulations,” ucap Dewi Remaja Shaza Bae. Nabila Razali turut memberikan ucapan sama.

“Alhamdulillah rezeki,” komen seorang peminat.

“Alhamdulillah tahniah Janna rumah baru. Rumah yang keberapa ni?,” tanya peminat yang turut mendapat reaksi Janna.

“Wow mantap anak muda. Rumah ke berapa ni?,” antara komen lain yang tertera.

Meski baru sahaja dimuat naik, hantaran tersebut sudah pun menerima lebih 6,000 tanda suka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Rezeki Mencurah-curah”- “ Janna Nick Tayang Rumah Baru Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*