“Banyakkan Berdoa,” Sera Kongsi Video Bawa Anak-anak Hantar Shuk Tunai Umrah

Status rumah tangga Shuk Sahar dan juga Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau mesra disapa Sera masih menjadi tanda tanya kerana masing-masing mengambil langkah mengunci mulut dari mend3dahkan 1su rumah tangga mereka.

Shuk juga dilihat sedang mengerjakan umrah bersama rombongan dan kerap berkongsi momen ketika berada di tanah suci  serta negara timur tengah yang sedang dikunjungi.

Namun begitu, perkongsian Sera di Insta Story telah menarik perhatian ramai apabila memuat naik video ketika membawa anak-anaknya menghantar bapa mereka di lapangan terbang sebelum berlepas menunaikan umrah.

Menerusi kapsyen yang disertakan, Sera turut mendoakan agar Shuk terus memperbanyakkan berdoa kepada Allah S.W.T dan berharap supaya pelawak tersebut menjadi bapa yang baik untuk anak-anak mereka.

Dalam pada itu, menerusi Insta Story miliknya lagi, dia telah berkongsi semula video rakan Shuk sewaktu pelawak itu sedang membuat panggilan video bersama anak-anaknya di dalam bilik sewaktu di tanah suci.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Berita_viral22 (@berita_viral22)

Untuk rekod, pasangan tersebut berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

Namun begitu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kontroversi mengenai rumah tangga mereka telah menjadi perhatian ramai apabila ada d4kwaan mengatakan Shuk berlaku curang dengan seorang wanita sehingga mereka mengambil keputusan untuk tidak lagi tinggal sebumbung.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Instagram Rossa.Sera via MH

Be the first to comment on "“Banyakkan Berdoa,” Sera Kongsi Video Bawa Anak-anak Hantar Shuk Tunai Umrah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*