“Wajah Mereka Terbayang. Saya Di Sini, Mereka Pula Yang Tiada,” – Dina Nadzir

Selepas pelbagai kontroversi ketika pengumuman peserta ‘Gegar Vaganza Musim 9 2022’ minggu lalu, akhirnya semalam telah berlangsungnya konsert yang pertama secara live dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Namun semalam terdapat sedikit kelainan apabila Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom tampil sebagai hos bersama Nabil Ahmad menggantikan Jihan yang sedang berpantang.

Sebagai salah seorang peserta yang mangaenyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir akui perasaannya bercampur baur apabila bakal menyanyikan lagu Ku Teruskan, yang pernah dipopularkan oleh allahy4rham Siti Sarah.

Dina bakal menyampai lagu ciptaan Ajai dan lirik oleh Musrad itu di dalam saingan minggu kedua Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Ahad depan.

Malah Dina turut dirakam tidak dapat menahan $ebak menerusi segmen khas buat allahy4rham Adibah Noor sebelum keputusan diumumkan.

“Permulaan kami (bersama Siti Sarah) sama yang mana kami memperjvangkan muzik yang sama. Ada juga kisah yang agak sama.

“allahy4rham pun pernah melalui GV juga sebelum ini. Begitu juga dengan Adibah Noor.

“Wajah-wajah mereka terbayang… sebelum ini saya hadir sekadar menonton dan menyokong. Malah tahu bagaimana mereka stre$ bila terl1bat dalam pertandingan.

“Tiba-tiba bila saya di sini (GV9), mereka pula yang tiada,” katanya kepada MH.

Ditanya sama ada dia pernah menyanyikan lagu tersebut sebelum ini, Dina akui pernah mengalunkan lagu tersebut suatu ketika dahulu.

Terdahulu, Dina yang membuat persembahan menerusi lagu hitsnya, Cints Datang Lagi menduduki tempat keempat keseluruhan dengan 83.80 peratus.

Jaclyn Victor unggul di tempat pertama dengan 88.40 peratus, diikuti Shila Amzah (85 peratus) dan Tomok (84.10) di tempat ketiga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : MH

 

Be the first to comment on "“Wajah Mereka Terbayang. Saya Di Sini, Mereka Pula Yang Tiada,” – Dina Nadzir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*