Baru Berusia 12 Tahun, Noah Jadi Ketua Bacaan Yasin Sempena Hari Jadi Arw4h Ashraf Sinclair

Pejam celik sudah 2 tahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair. Ibu bapa kepada Allahyarham Ashraf Sinclair mengambil penerbangan ke Jakarta untuk menziarahi pusara arwah anak sulungnya itu sempena dengan hari jadi arwah.

Menurut perkongsian ibunya, Khadijah Abdul Rahman, mereka sekeluarga menziarahi pusara arwah Ashraf Sinclair bersama-sama menantu serta cucu iaitu Bunga Citra Lestari dan Noah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Khadijah Abdul Rahman (@dida_sinclair)

Menerusi satu perkongsian di Instagram, balu arwah yang juga selebriti popular Bunga Citra Lestari berkongsikan suasana pilu seisi keluarga ketika di pusara.

Ibu kepada arwah Ashraf iaitu Dida Sinclair turut meluahkan rasa rindu apabila berke$empatan melawat pu$ara anaknya itu di Jakarta.

Lebih $ebak, ibunya berkata dia tidak pernah terlepas untuk menitipkan doa buat anaknya itu agar ditempatkan di kalangan orang beriman dan di syurga.

“Al-Fatihah untuk Almarhum Ashraf. Umi dan daddy berada disini sempena hari lahir ulang tahun kelahiran Ashraf. Noah memimpin bacaan surah Yasin bersama seluruh keluarga tercinta di Jakarta. 

Umi tidak pernah terlepas membacakan doa untuk Ashraf ditempatkan ke dalam syurga, Amin,” tulisnya.

Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008. Pa$angan itu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Noah Sinclair kini berusia 12 tahun. 

Pada 18 Februari 2020, Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun di sebuah pusat perubatan di Jakarta kira-kira jam 4 pagi akibat serangan jantung.

 

Sumber: IG dida_sinclair & bclsinclair

Be the first to comment on "Baru Berusia 12 Tahun, Noah Jadi Ketua Bacaan Yasin Sempena Hari Jadi Arw4h Ashraf Sinclair"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*