Isteri Manis Berhijab, Usop Luah “Rasa Nikmati Hidup Jadi Suami..”

 Selain tvntutan agama, wanita Melayu sememangnya cantik, comel, manis dan ayu bila mengen4kan hijab.

Tudung bukan sahaja wajib untuk menutvp avrat bagi wanita Islam, tetapi ia juga membuatkan nampak lebih sopan, kemas dan beradab.

Terbaru penyanyi, Usop tampil berkongsi perasaan gembira apabila isteri kesayangan Nur Fatihah Md Hasim mengen4kan hijab sejak hampir sebulan yang lalu.

Pemilik nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor atau Usop yang sudah bergelar suami pada Februari lalu kini dilihat semakin bahagia bersama isteri tercinta lebih-lebih lagi bakal menerima orang baru dalam hidup.

“Saya tanya dia, nak dapat rezeki banyak tak? Dia jawab nak. Lepas tu saya tanya lagi, kalau betul-betul nak, boleh tak awak pakai tudung?,” katanya.

Bercerita lanjut, Usop berkata isterinya tidak mengambil masa lama dalam membuat keputusan tersebut sekali gus meletakkan niat untuk menutup avrat.

“Tak fikir panjang, dia terus setuju. Dari situlah detik dia tetapkan niat untuk tutup avrat.

“Apabila isteri dengar cakap suami dan suami juga dengar kata isteri, barulah segalanya menjadi, insya-Allah,” ujarnya.

Memetik laporan BOOM!, penyanyi berusia 25 tahun itu berkata, Teha yang kini hamil cahaya mata sulung nekad melakvkan penghijrahan selepas mendengar nasihatnya.

“Jujurnya, walaupun baru berkahwin, saya dah mula nikmati hidup sebagai suami. Segala yang dirancang berjalan lancar…

“…dan kini cuma menunggu kehadiran orang baharu dalam hidup kami berdua,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

Untuk rekod, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor dan isteri berkahwin pada 4 Februari lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.

 

Sumber: IG KBOOM

Be the first to comment on "Isteri Manis Berhijab, Usop Luah “Rasa Nikmati Hidup Jadi Suami..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*