Majlis Nikah Sebulan Lagi. Sweet Qismina Dan Adam Lee Tak Sabar Tunggu Hari Bahagia

Pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee dilaporkan bakal bergelar pengantin baharu dalam tempoh lebih kurang sebulan lagi.

Menurut laporan BH Online, pelakon berusia 25 tahun itu bagaimana pun tidak mend3dahkan tarikh pernikahan tetapi mengambil keputusan untuk berkahwin selepas setahun bertunang.

“Saya sudah beritahu ketika kami bertunang, tahun lalu. Kami akan mengikat tali pertunangan selama setahun.

“Jadi, kami harap orang akan faham bila kami akan berkahwin. Tetapi, saya faham mungkin ramai sudah lupa sebab dalam masa setahun macam-macam boleh berlaku.

“Apa yang boleh dikongsikan, kami akan berkahwin apabila pertunangan cukup tempoh setahun,” katanya ketika ditemui media baru-baru ini.

Mengulas lanjut, pelakon drama Bidadari Salju itu bukan sengaja merahsiakan tarikh pernikahan sebaliknya tidak mahu segelintir pihak menganggap ia adalah strategi pemasaran.

“Kalau boleh saya dan Adam tidak mahu terlalu menghebahkan. Nanti ada yang kata ia adalah strategi pemasaran atau seumpamanya. Jika boleh memang tak nak ada un$ur sebegitu.

“Bila sudah dekat dengan hari bahagia, kami akan beritahu. Mungkin dalam sebulan atau beberapa minggu sebelum itu, kami akan umumkan dalam media s0sial,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia juga bersyukur dikurniakan bakal suami yang memahami apatah lagi Adam juga bekerja dalam satu industri.

Terdahulu, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi mengikat tali pertunangan pada tarikh ulang tahun kelahirannya iaitu 24 Oktober tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: BH Online (Fatin Farhana Ariffin) , Instagram Sweet Qismina

Be the first to comment on "Majlis Nikah Sebulan Lagi. Sweet Qismina Dan Adam Lee Tak Sabar Tunggu Hari Bahagia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*