Berkat Tolong Abang 0KU, Rezeki Siti JamuMall Berjaya Beli Kondominium Harga 1 Juta

Pempengarvh dan usahawan, Siti Jamumall kini berjaya memiliki kediaman pertama jenis kondominium yang mencecah harga kira-kira RM1 juta di Setia Alam, Shah Alam, Selangor.

Kejayaan tersebut menjadi lebih istimewa dan bermakna kerana dia turut menjaga abangnya yang juga orang kelainan upaya (OKU), Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 33.

Siti Jamumall, 23, atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin bukan saja mampu membina jenama perniagaan sendiri, tetapi juga mempunyai impian besar ingin membantu keluarga.

 

“Pada 2016, saya dah mula ikut abang untuk pergi ke program belajar mengenai bisnes. Jadi, waktu itu saya melihat sendiri bagaimana abang seorang OKU tapi tetap bekerja kera$ untuk menyara dan membantu keluarga. Melihatkan perjalanan bisnes itu, saya mula memasang niat nak tolong abang untuk meringankan beb4nnya.

“Nak dijadikan cerita, dua hari sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya terpak$a terbang ke Tokyo, Jepun untuk mengikut abang. Waktu itu dia tak pernah paksa saya untuk pergi cuma saya sendiri yang nekad sebab saya tahu kalau bukan saya yang bantu abang di sana, siapa lagi.

“Abang saya tak boleh menulis dan nak angkat tangan pun tak boleh. Jadi kena ada orang yang bantu tengokkan dia dalam kelas. Saya berkorban untuk jaga abang bila dia pergi ke Jepun. Pada hari itu juga tarikh di mana lahirnya perniagaan yang saya bina hingga hari ini.

“Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun kegemilangan saya juga di mana selepas mendapat Lamborghini daripada Mommyhana dan sekarang ini dapat juga saya memiliki rumah pertama dengan harga mencecah RM1 juta. Saya boleh cakap, pelajaran itu bukanlah tak penting tapi kena tahu sebab saya tak ambil SPM dan putuskan untuk sambung belajar dalam bidang bisnes dengan saya punya mentor,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai perjalanan bersama abangnya, Siti Jamumall berkata syarikat abangnya pernah berhutang hampir RM1 juta.

“Orang nampak abang macam hebat tapi mereka tak tahu di sebalik membuat bisnes tanpa ilmu sangat su$ah. Hampir RM1 juta hvtang syarikat yang perlu ditanggung dengan abang yang tidak bergaji hampir enam bulan. Saya ka$ihan dan dalam hati niat cuma satu saja, saya nak tol0ng abang dan kalau boleh untuk bantu keluarga juga.

“Niat saya ikhlas sebab saya berpegang kepada prinsip diri. Bila balik kami tak mampu nak buat iklan berbayar, kami buatlah ‘live’ sebab percuma. Saya buat setiap hari secara konsisten dan alhamdulillah masuk tiga bulan dapat bina nama dan dah ada jualan.

Jadi, dari situ dapat selesaikan segala hvtang. Lebih membanggakan Siti Jamumall apabila berjaya membantu ramai peniaga bumiputera.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Jamumall (@sitijamumall)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Jamumall (@sitijamumall)

Video:

 

Sumber: jamumalldotcom

Be the first to comment on "Berkat Tolong Abang 0KU, Rezeki Siti JamuMall Berjaya Beli Kondominium Harga 1 Juta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*