“Wajah Bunga Akan Buat Mereka Tersenyum & Mereka Akan Doakan Yang Baik-baik”- Elisya Sandha

Umum mengetahui, Elisya Sandha atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha binti Hassan telah selamat melahirkan seorang anak perempuan pada Jun yang lepas malah dia sering berkongsikan ‘update’ mengenai anaknya di laman Instagram.

Difahamkan, pelakon ini memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menayangkan wajah anaknya Bunga Elhaq yang sudah berusia 3 bulan itu.

Menurut Elisya, dia dan suami percaya dengan netizen untuk mendoakan yang baik-baik untuk anak perempuannya itu dan berharap agar apabila memuat naik gambar Bunga orang ramai akan turut gembira dan tersenyum melihatnya.

“Bagi saya masing-masing ada hak sendiri, kalau saya tak nak tunjuk gambar Bunga pun boleh je tak nak tunjuk!

Tapi bagi saya, mungkin ada orang di luar sana menghadapi hari yang sangat $ukar tiba-tiba tengok gambar Bunga mereka rasa senang dan sekurangnya buat mereka tersenyum.

Saya percaya mereka di luar sana yang melihat Bunga mereka akan doa yang baik-baik sahaja untuk Bunga” katanya.

Tambah pelakon ini lagi, Elisya meluahkan rasa syukur kerana anak sulungnya itu mudah untuk dijaga malah tidak banyak karenah selama bergelar seorang ibu.

Dalam pada masa yang sama, dia juga mengakui sering meng0rbankan waktu tidurnya untuk menjaga Bunga namun lama-kelamaan anaknya itu seolah-olah memahami dengan keadaan sekelilingnya.

“Ya Allah senang nak jaga dia. Bunga sangat memahami, contohnya macam saya keluar kerja. Dia tak menangi$. Bila tanya ahli keluarga yang jaga dia, mereka kata Bunga okey”

“Alhamdulillah.. dia bukan penghal4ng untuk saya menyambung karier. Waktu seminggu selepas bersalin, agak $usah la tak cukup tidur. Sekarang dah besar sikit.. dia faham” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : YoY network

Be the first to comment on "“Wajah Bunga Akan Buat Mereka Tersenyum & Mereka Akan Doakan Yang Baik-baik”- Elisya Sandha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*