“Ingatkan Makcik Jual Kerepek..”- Pakai Tudung Sarung, Penampilan Neelofa Di Gelanggang Futsal Jadi Perhatian

Sebut saja nama Neelofa pasti ramai tahu apa saja mengenai selebriti popular itu pasti akan menjadi perhatian ramai dan bualan di media s0sial.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna apabila memuat naik video memaparkan selebriti berada di sebuah gel4nggang futsal untuk memberi sokongan buat suaminya, PU Riz yang bermain pada malam itu.

Apa yang menjadi perhatian ramai adalah penampilan biasa Neelofa yang dilihat hanya mengenakan baju t-shirt berwarna merah serta tudung sarung berwarna hitam.

Turut kedengaran, Neelofa sempat berselor0h mengatakan kehadirannya untuk memberikan sokongan kepada suaminya adalah berbayar.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan penampilan Neelofa seperti cikgu Pendidikan Jasmani yang turun ke padang.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan pertama kali mereka melihat penampilan Neelofa seperti itu namun tetap cantik meskipun tampil berbeza dan biasa. 

“Comelnya lofa pakai casual mcm tu. Mcm budak sekolah je..”

“Comel la Neelofa ni.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "“Ingatkan Makcik Jual Kerepek..”- Pakai Tudung Sarung, Penampilan Neelofa Di Gelanggang Futsal Jadi Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*