10 Tahun menunggu Kehadiran Zuriat, Hasil Editan Gambar Wanita Ini Buat Ramai $ebak

Mempunyai anak setelah mendirikan rumah tangga adalah impian setiap suami dan isteri malah kehadiran cahaya mata juga nyata menambah seri dan menyempurnakan lagi sesebuah keluarga.

Pun begitu, bukan semua pasangan dikurniakan cahaya mata sejurus lepas perkahwinan, ada yang menunggu sehingga bertahun-tahun lamanya bahkan menjadi pejuang garis dua sememangnya tidak mudah.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang lebih dikenali sebagai Puan Nourfi yang sudah menunggu hampir 10 tahun untuk mendapatkan zuriat mencuri perhatian ramai.

“BOleh tak tolong edit kan ada baby comel tgh baring sebelah kite.. teringin nak ada anak.. 10tahun menanti tanpa zuriat..”

Menerusi sebuah group yang terkenal dengan nama “Edit Apa Hari Ini?”, dia meminta kepakaran ramai agar menyunting gambarnya dengan meletakkan gambar bayi disebelah kerana dia benar-benar inginkan cahaya mata.

Siapa sangka, ada dikalangan netizen merealisasikan impiannya dengan menyunting gambarnya itu malah diselitkan doa agar Nourfi dikurniakan cahaya mata.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berdoa agar satu hari nanti ditiupkan malaikat kecil dalam rahim wanita ini malah meminta wanita ini untuk terus cekal.

Netizen juga akui berasa sebak ketika menyunting gambar tersebut dan berharap ianya akanmenjadi satu kenyataan buat wanita ini.

Antara gambar yang diedit:

Doa netizen buat wanita tersebut:

“Semoga Allah memberi akak rezeki anak selepas ni.. Aaminn.. selepas edit ni, terasa sebak pulak kite”

“Semoga dikurniakan cahaya mata.. marilah sama2 kita berdoa agar dimakbulkan hajat beliau”

“Saya edit untuk beri harapan, kuatkan semangat jangan berputus-asa.. ikhtiar, berdoa dan tawakal..”

“Moga akak ni dikurniakan rezeki anak.. InshaaAllah”

“Saya tak pandai sangat edit.. saya doakan awak dimurahkan rezeki mendapat baby yang soleh dan solehah.. awak kuat..”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : YOY Network

Be the first to comment on "10 Tahun menunggu Kehadiran Zuriat, Hasil Editan Gambar Wanita Ini Buat Ramai $ebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*