“Buat Anak Lelaki, Dating Lah Sepua$nya Sebelum Berkahwin, Buat Anak Perempuan, ‘Jangan’..’-Isteri SRK

Menerusi talkshow ‘Koffee with Karan Season 7’, isteri kepada aktor Hindustan popular, Shah Rukh Khan iaitu Gauri Khan telah memberikan sedikit ‘nasihat cinta’ buat anak bujangnya, Aryan Khan yang kini sudah pun dewasa.

Merujuk kepada laporan dari The Indian Express, Gauri mengatakan bahawa Aryan beba$ untuk keluar dating dengan sebanyak mana wanita sehingga dia membuat keputu$an untuk bernikah.

Jadi, selepas dia mengambil keputu$an tersebut, dia harus berhenti dari menjal1nkan sebarang cinta dengan mana-mana wanita lagi.

“Keluarlah dengan seberapa banyak gadis yang kamu mahu,”

“Sampai kamu mengambil keputusan untuk bernikah, tolong berhenti dari melakukan itu semua lagi,” kata Gauri.

Walau bagaimanapun, ditanya  tentang anak gadi$nya pula, Suhana Khan, Gauri mengatakan yang dia berharap anak keduanya itu setia dengan satu pa$angan sahaja.

“Jangan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan dua lelaki sekali gus,” tegas wanita tersebut.

Selain daripada memberikan nasihat kepada anak-anak, wanita berusia 51 tahun itu turut menitipkan pesan buat suami tercinta, Shah Rukh Khan dalam talkshow tersebut.

Katanya, dia berharap aktor hebat itu terus memberi perhatian kepadanya setiap kali mereka perlu berbincang untuk sesuatu hal dalam keluarga mereka.

“Saya ingin merasa dia selalu memberikan saya perhatian setiap kali dia bercakap dengan saya,” mintanya.

Untuk rekod, Shah Rukh Khan dan Gauri Khan telah mendirikan rumah tangga pada 1991 dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Aryan Khan, Suhana Khan dan AbRam Khan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : OMM

Be the first to comment on "“Buat Anak Lelaki, Dating Lah Sepua$nya Sebelum Berkahwin, Buat Anak Perempuan, ‘Jangan’..’-Isteri SRK"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*