Buka Bisnes Di Negeri Arab. Zul Ariffin Bakal Pindah Dan Menetap Disana Dalam Masa Terdekat

Pelakon popular Zul Ariffin memaklumkan, dia akan berhijrah dan menetap di Tanah Suci Mekah sebelum memulakan perniagaan di sana sekitar awal tahun depan.

Terdahulu, dia meluahkan kesyukuran selepas selesai menunaikan ibadah umrah menerusi beberapa perkongsian di laman Instagram miliknya.

Terkini, pelakon berusia 36 tahun itu berkata, ini adalah waktu terbaik untuk dia menjalan1 perniagaan tersebut namun tetap akan berulang-alik ke Malaysia.

Bercerita lanjut, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu mengakui teruja bagi menjalani fasa baharu selain sudah bersedia berdepan cab4ran sebagai ahli perniagaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

“Saya kenalah imbangkan antara kerja di sana dan kerjaya seni di Malaysia. Saya tidak akan perlahankan kerjaya sebagai pelakon.

“Malah sudah ada banyak perancangan yang telah dibuat bersama pihak pengurusan. Sekarang ini industri seni semakin ranc4k selepas tempoh pandem1k.

“Sambutan terhadap filem di pawagam, juga semakin bertambah baik. Rugilah kalau saya perlahan kerjaya seni.

“Saya amat teruja walau tahu akan jadi penat. Bagi saya ia adalah sesuatu yang bagus kerana masih lagi produktif walaupun pen4t,” ujarnya.

Mengakui teruja untuk menjalani satu fasa baharu dalam kerjaya, Zul berkata dia sudah bersedia dengan segala c4baran sebagai seorang anak seni bergelar ahli perniagaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Dalam perkembangan lain, Zul muncul dalam sebuah filem seram berjudul Talbis Iblis yang bakal dit4yangkan di pawagam pada 20 Oktober depan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

 

Sumber: mStar Online, Instagram Zul Ariffin

 

Be the first to comment on "Buka Bisnes Di Negeri Arab. Zul Ariffin Bakal Pindah Dan Menetap Disana Dalam Masa Terdekat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*