“Sharnaaz Datang Takkan Nak Tengok Kak Lina” -Muka Shila Mer4h Padam Kena Usikan ‘Kak Lina Pom Pom’

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai konsert Gegar Vaganza musim ke-9 apabila gamat dengan kemunculan pelakon dan pengacara Elly Mazlein yang menggantikan Jihan Muse sebagai hos.

Namun, kehadiran pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad semalam ternyata meraih perhatian netizen selepas dia menerima usikan manja daripada pengacara, Elly Mazlein.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @Affendy Jailani di laman TikToknya, kelihatan Sharnaaz sedang duduk bersebelahan dengan aktres Emma Maembong sambil memakai cermin mata berwarna hitam.

“Sharnaaz datang tak akan nak tengok Kak Lina kan? Shila okay? Kadang-kadang malu itu boleh jadi balik,” usiknya.

Dalam video itu, sebaik sahaja penyanyi popular, Shila Amzah selesai membuat persembahannya pada minggu kedua, Kak Lina menggunakan peluang yang ada untuk mengusik bekas pa$angan kekasih itu.

Video:

Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan usikan Kak Lina itu. Malah, ada yang mengatakan keadaan akan lebih kec0h jika Nabil Ahmad ada di pentas ketika itu.

Dalam pada itu, ada yang terhibur dengan Emma yang berada di sebelah yang Sharnaaz yang ketawa sakan dengan usikan tersebut.

Sementara itu, ada segelintir netizen setuju dengan apa yang diperkatakan Kak Lina serta mendoakan agar keduanya dijodohkan semula. 

 

Sumber; TikTok affendyjailani

Be the first to comment on "“Sharnaaz Datang Takkan Nak Tengok Kak Lina” -Muka Shila Mer4h Padam Kena Usikan ‘Kak Lina Pom Pom’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*