Malam Lepas Nikah, Badan Jadi Menggelet4r, Tangan Suami Bertukar Hitam, Pasangan Pengantin ‘Dibuat Orang’

PERCAYA atau tidak, masih terdapat segelintir masyarakat yang mempercayai amalan sy1rik seperti sih1r demi membuatkan sasaran mereka merana dan mender1ta.

Tidak pernah terlintas di minda wanita ini, dia dan suami turut menjadi m4ngsa s1hir sehingga hampir merobohkan rumah tangga yang baharu dibina.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nur berkata, sungguhpun ins1den pahit itu sudah enam tahun berlalu, namun ia tetap segar dalam ingatan dia dan suami.

“Semuanya bermula pada September 2016. Beberapa jam sebelum diijabkabulkan, saya dah mula rasa tak sedap badan. Selesai majlis nikah, kami berehat di bilik kerana masing-masing kepenatan, tambahan pula esok ada majlis bersanding.

“Suami sudah tidur tapi saya pula tak sedap badan, badan menggelet4r. Saya tak boleh lelapkan mata sepanjang malam, terfikir macam-macam.

“Ketika itu saya fikir keputusan ni betul ke, terasa menye$al kahwin dan macam-macam. Sedangkan sebelum itu ketika buat persiapan, saya seperti wanita lain yang gembira akan berkahwin,” ujar wanita berusia 29 tahun ini.

Ujarnya, memandangkan keesokannya majlis bersanding, dia enggan memenatkan fikiran dan meneruskan majlis sebagaimana yang dirancang.

“Dua hari selepas majlis, saya masih rasa macam tu. Saya beritahu suami dan tanya, dia pun rasa benda sama. Rasa tak boleh dekat. Kami tak bergaduh tapi tak boleh dekat sebab panas. Umpama magnet yang menolak.

“Sedangkan kami sebelum ini dah kenal hampir setahun sebelum kahwin, tapi apabila dah jadi suami isteri, seperti asing.

sihir 3

Kisah hitam itu berlaku pada malam selepas Nur dan suaminya diijabkabulkan pada 2016.

“Tiga minggu selepas nikah dan situasi masih sama, kami bincang. Kenapa kami tak seperti pasangan lain. Saya sedih, takkan lepas tiga minggu dah nak cer4i?

“Suami kata kena usaha cari jalan. Dia telefon ayah dan ibu mentua… kami balik kampung. Ayah mentua ajak jumpa dan berub4t dengan seorang ustaz di kampung,” kongsinya.

Dua minggu selepas berub4t secara kaedah r4watanIslam dengan ustaz berkenaan, Nur berkata situasi yang dihadapinya bersama suami kian pulih, berkat usaha mengamalkan doa serta memperbanyakkan ibadah sebagaimana yang disarankan.

“Ustaz kata ada g4ngguan, ada orang yang tak senang… dia tak beritahu siapa dan kami pun tak nak tahu siapa kerana nak fokus berub4t.

“Lima bulan kemudian saya mengandung. Tak sangka, kami diuji kali kedua. Pada mulanya saya mimpi ada orang tik4m belakang badan. Macam real. Saya tak sedap hati sebaik tersedar.

sihir 1

Suami Nur dimasukkan ke h0spital gara-gara tangan kanannya mengalami gatal dan bertukar warna kehitam-hitaman.

“Tambahan pula saya s4kitbelakang pinggang sebelah kanan sampai ke h0spital kerana bimbangkan kandungan. Saya juga dua kali muntah dar4h. Syukur Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang serius dan kandungan okay,” ceritanya yang kini mengusahakan bisnes hijab secara dalam talian.

Lebih menghairankan, lima hari selepas mimpi aneh itu, suaminya pula diser4ng s4kit mister1 di bahagian tangan sebelah kanan.

“Dia rasa sak1t dan g4tal. Nampak kulitnya merah bertompok tapi tak ketara. Makin hari kulit lengannya yang bertompok merah bertukar gelap dan besar.

“Kami berdua sepakat ke h0spital… saya sampai jalan membongkok sebab s4kitpinggang tapi doktor periksa, tiada apa-apa.

Selepas insiden itu, jodoh kami masih panjang dan kini dikurniakan dua cahaya mata.

NUR

“Suami ditahan di wad tiga hari dan saya temankannya. Ujian dar4h dilakukan tapi doktor pun tak tahu apa punca tangannya gelap. Selepas dibenarkan keluar, kami sekali lagi pulang ke kampung dan berub4t dengan ustaz yang sama,” ujarnya.

Dengan izin Allah, sebulan selepas berub4t, Nur tidak lagi berasa s4kit pada pinggang dan tangan suaminya juga semakin pulih dan warna kulit beransur-ansur menjadi warna asal.

“Selepas saya selamat bersalin anak sulung, suami kena berkhidmat di selatan tanah air. Kami pun berpindah dari Selangor ke selatan, ibarat nak mulakan lembaran hidup yang baru di negeri orang.

“Alhamdulillah, selepas insiden itu, jodoh kami masih panjang dan kini dikurniakan dua cahaya mata. Saya sekadar nak berkongsi kisah di TikTok, dalam masa yang sama bertujuan nak sampaikan mesej kepada pasangan yang lalui ujian sama.

sihir 2

Nur tabah diuji dua kali ketika awal perkahwinannya namun bersyukur akhirnya pulih selepas berikhtiar menggunakan kaedah r4watanIslam.

“Mesejnya, jangan give up. Semua orang, semua pasangan ada ujian. Ada yang diuj1 pada lima tahun terawal, tapi kami pula diuj1 betul-betul selepas bernikah. Mungkin ada yang tak senang, mungkin ada khilaf tanpa kami sedari.

“Kuncinya, jangan ikutkan am4rah, sentiasa berbincang cari penyelesaian dan berfikiran p0sitif. Fikirlah Allah akan bala$ uj1an ini dengan hikmah dan ganjaran yang lebih lagi,” ujarnya.

Sekadar peringatan bersama, menurut laman web pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Islam men0lak amalan s1hir dan mengajar umatnya untuk meminta perl1ndungan dengan Allah SWT daripada kej4hatan s1hir.

Semoga kita dijauhkan oleh Allah daripada perbuatan $ihir, sama ada melakukannya atau dibina$akan dengannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Malam Lepas Nikah, Badan Jadi Menggelet4r, Tangan Suami Bertukar Hitam, Pasangan Pengantin ‘Dibuat Orang’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*