Lama Menyepi, Neelofa Buka Mulut Mengenai Keberadaan Adiknya, Little Miss Khan

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa memaklumkan adiknya, Ameera Khan dalam keadaan baik sahaja memandangkan umum mengetahui influencer tersebut kini kian menyepi dan tiada khabar angin sejak akhir-akhir ini.

Menurut Neelofa, adiknya itu masih menjalani kehidupannya seperti biasa dan tidak mahu melemparkan pelbagai persoalan kerana mahu menghormati keputusan Ameera.

“Beberapa hari lalu saya ada melawat ibu bapa dan kemudian ada jumpa Ameera dan bertanya sama ada dia keluar atau tidak. Dia cakap dia keluar je, cuma saya yang tidak tahu sebab dia kini tidak mempunyai akaun Instagram.

“Malah kata Ameera, boleh dikatakan hari-hari dia ada keluar dengan kawan, lakukan aktiviti dan sebagainya.

“Cuma untuk saya terangkan secara berlebihan mengenai apa sebab sebenar dia berbuat demikian rasanya tak wajarlah.

“Sebagai kakak, saya respek dengan keputusan dia,” katanya

“Jadi bagi saya mungkin fasa pembesaran dia lain dengan zaman kita. Mungkin situasi itu berbeza tapi saya pun tidaklah seratus peratus pasti itu sebab dia.

“Bagi saya, dia gembira dengan cara begitu setakat ini yang mana dia tidak rasa terganggu dengan apa yang pernah dilakukan sebelum ini. Mungkin dia suka dengan privasi sekarang. Rasa sayalah,” katanya lagi.

Terdahulu, tindakan Ameera atau turut dikenali sebagai Litte Miss Khan yang bertindak memadam semua gambar dan hantaran yang ada di Instagramnya menjadi persoalan ramai pihak.

Dengan memiliki pengikut seramai 1.4 Juta, Ameera tidak meninggalkan sebarang mesej atau pesanan sebelum berbuat demikian.

 

Sumber: MH

Be the first to comment on "Lama Menyepi, Neelofa Buka Mulut Mengenai Keberadaan Adiknya, Little Miss Khan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*