Peniaga Sapu Air Mata, Pelanggan Merungut Nasi Lemak Daging RM5 Terlalu Mahal

Ramai yang terk$san dengan kenaikan harga barang sekarang ini terutamanya barangan mentah yang digunakan untuk memasak. Apatah lagi para peniaga yang menjadi antara golongan yang paling terke$an di mana harga jualan mereka juga terpaksa dinaikkan sekali.

Namun ada juga peniaga yang masih mengekalkan harga yang murah untuk tidak membiarkan pelanggan ‘lari’ membeli dari peniaga lain. Baru-baru ini pula, seorang peniaga meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pelanggannya yang merungut dengan harga jualan nasi lemaknya.

Menurutnya, pelanggan tersebut merungut dengan harga nasi lemak daging yang dijual pada harga RM5. Peniaga itu kemudiannya menunjukkan perbandingan di antara nasi lemak daging yang dijualnya dengan peniaga lain.

Video:

Tambahnya, walaupun peniaga tersebut menjual nasi lemak itu pada harga RM3 namun ‘portion’ daging yang digunakan tidak sama seperti yang dijualnya. Malah turut dapat dilihat perbezaan yang ketara di mana nasi lemak yang dijualnya mempunyai ‘portion’ daging yang lebih banyak dan berbaloi.

“Atok boleh jual RM3 tapi hampa pua$ ke makan kuantiti lauk sedikit macam tu? Atok nak jual daging banyak supaya hampa boleh kenyang sampai tengahari.”

Dia turut meluahkan rasa kecew4 apabila ada pelanggan yang membandingkan harga nasi lemak daging yang dijualnya itu sebagai mahal. Sedangkan dia memberikan ‘portion’ lauk daging dengan lebih banyak berbanding peniaga lain yang dikatakan itu.

Video:

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut bersetuju harga yang diletakkan peniaga ini sememangnya murah apatah lagi dalam situasi seperti sekarang ini. Malah harga yang dikenakan juga setanding dengan hidangan yang dijual kepada para pelanggan.

“RM5 tu murah g1la. Tempat saya banyak tu RM7,8 kompem telur kacang ikan bilis lagi hmm…”

“5 ringgit pun mahal, duk rumah masak sendiri lah free.”

“Yang dok kata mahal tu mesti depa tak biasa pergi market beli barang basah…”

“Bagi saya seorang rakyat marhaen ni, itu harga yang berbaloi untuk zaman sekarang dengan currency duit yang makin jatuh dan barang makin naik.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Peniaga Sapu Air Mata, Pelanggan Merungut Nasi Lemak Daging RM5 Terlalu Mahal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*