DDNK Beri 5K, Rita Rudaini Suruh Netizen Teka Berapa Nafkah Aidil Beri Untuk Anaknya

Baru-baru ini, kecoh apabila bekas isteri Datuk Dr Nazri Khan (DDNK) iaitu Atielia De Sams mend4kwa pakar saham itu hanya memberi nafkah RM5,000 kepada anak untuk dua bulan.

Kenyataan tersebut menarik perhatian orang ramai termasuk pelakon popular, Rita Rudaini yang juga bergelar ibu tunggal selepas sembilan tahun bercerai.

Memetik laporan Xtra, pelakon berusia 46 tahun itu memuat naik satu tangkap layar memaparkan artikel berhubung 1su nafkah anak DDNK di aplikasi TikTok.

Difahamkan, Rita menulis kapsyen meminta netizen meneka jumlah nafkah yang diberikan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dipercayai merujuk kepada bekas suaminya Aidil Zafuan.

“Jutawan bagi nafkah anak RM5,000 je?! Ayooo… JDT player club tersohor lagi terpaling juara bagi nafkat dekat dua orang anak… cuba teka,” tulisnya.

Meskipun pelakon drama Istidraj Cinta itu tidak mend3dahkan secara lanjut, ramai netizen mula berteka-teki dengan menyatakan jumlah nafkah diterima dua anak lelaki Rita.

Walau bagaimanapun, dia juga sempat menyatakan bahawa perkara tersebut akan dituntut oleh mereka di akhirat nanti.

“Tapi sis… kita semua tuntut ‘di sana’… biarkan mereka bergumbira di dunia,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Rita dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 2008, namun bercerai pada September 2013.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna, 11.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Xtra (Atiqah Johari) , Instagram Rita Rudaini 

Be the first to comment on "DDNK Beri 5K, Rita Rudaini Suruh Netizen Teka Berapa Nafkah Aidil Beri Untuk Anaknya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*