Jihan Muse Tunjuk Wajah Anak Kedua, Beri Nama Ungku Altamis Barr

Selepas tiga minggu melahirkan cahaya mata kedua, pelakon dan pengacara Jihan Muse mend3dahkan wajah, jantina serta nama buah hatinya.

Jihan atau nama penuhnya Nuur Jihan Musa mengulang siar semula posting dimuat naik suaminya, Ungku Hariz di laman Instagram berhubung kehadiran bayi lelaki mereka.

“Assalamualaikum.. izinkan saya memperkenalkan hero kedua kami sebagai Ungku Altamis Barr Ungku Hariz Faizal,” kata pasangan itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse)

Sebelum ini, pengacara berusia 39 tahun itu melahirkan Ungku Altamis Barr di sebuah pusat perub4tan swasta pada 6 September lalu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut berkongsi rasa syukur selain mengucapkan tahniah kepada Jihan atas kelahiran zuriat berkenaan.

Untuk rekod, Jihan dan Ungku Hariz berkahwin pada 20 Mac 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Ungki Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun.

Malah oleh kerana menjalani proses berpantang, tempat Jihan digantikan dengan penyanyi dan pelakon Elly Mazlein sebagai hos program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Instagram Jihan Muse

Be the first to comment on "Jihan Muse Tunjuk Wajah Anak Kedua, Beri Nama Ungku Altamis Barr"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*